Category: Oldies

  • Tawaran Black Friday Yang Tak Boleh Dilepaskan

    Tawaran Black Friday Yang Tak Boleh Dilepaskan

    Setiap 25 November dunia akan bergegar. Gegaran Black Friday. Hari di mana ramai peniaga online dan offline buat tawaran gila-gila. Tawaran ini biasanya disusuli dengan Cyber Monday pada Isnin berikutnya.

    Bagi pemain Digital Marketing, hari ini adalah hari yang elok untuk beli belah tools. Tools ini fungsinya memudahkan kita melakukan sesuatu. Dalam artikel ini saya berkongsi tools menarik bagi peniaga online.

    Buat Minisite & Landing Page

    Upah buat minisite boleh cecah RM1000. Itupun belum tentu berhasil. Bagaimana andai kita dapat buat minisite berkesan dalam masa 10 minit? Inilah perananan Instapage. Satu tool ringkas namun sangat berguna. Ada template yang pelbagai. Pilih dan terus boleh guna.

    instapage

    Saya sudah menggunakan tool ini hampir setahun. Sangat puas hati. Dapat buat macam-macam jenis page dengan hanya satu klik. Bersempena dengan Black Friday, mereka ada buat diskau istimewa. Klik gambar.

    Apa yang menarik tentang Instapage ini adalah kita ada 30 hari tempoh percubaan. Tak payah letak kad kredit. Cuba dahulu. Berminat, baru dapatkan pakej premium.

    Desain Sekelip Mata

    contoh-google

    Lihat poster di atas. Berapa lama agaknya masa yang diambil nak buat poster ini? Hanya 1 minit. Betul. Saya gunakan GetStencil. Ini aplikasi pilihan hati. Aplikasi ini bantu kita cipta poster menarik dengan pantas. GetStencil ada sediakan template. Kita juga bebas nak bermula dari kosong. Cipta sendiri.

    getstencil

    Bagi yang ingin guna GetStencil untuk tujuan pemasaran di Facebook, Twitter, Instagram, Buffer dan Pinterest, aplikasi ini sangat sesuai. Dengan hanya satu klik, kita dapat hantar desain yang dicipta tadi ke saluran media sosial. Jadi buat kerja sekali harung sahaja.

    Stock Gambar Yang Tak Habis-Habis

    Gabungkan GetStencil dan StockUnlimited. Senang cerita. StockUnlimited adalah satu pusat pengumpulan gambar-gambar. Sama seperti DepositPhotos dan ShutterStock. Cuma harganya lebih murah.

    Andai kita banyak gunakan gambar, usah lepaskan peluang keemasan ini. Sempena Black Friday ada tawaran 30% diskaun dari harga biasa. Sangat murah. Cara guna StockUnlimited senang sahaja. Masukkan gambar yang diingini dan klik download. Itu sahaja.

    stockunlimited

    Tak Payah Pening Kepala Ingat Password

    Pernah tak alami situasi tak ingat password. Cuba berkali-kali pun masih tak ingat. Kesannya merana dan sengsara. Ini apa yang saya alami sendiri suatu ketika. Sehinggalah kawan perkenalkan satu senjata. Namany Roboform.

    Roboform merupakan pengurus password. Roboform boleh cipta password dan ingatkan password pada kita. Jadi saya tak perlu susah payah fikirkan password baru. Lebih menarik lagi, Roboform ada fungsi merentasi platform. Maklumat disimpan dalam cloud. Jadi kita masih boleh tengok password guna smartfon, tablet ataupun laptop. Lihat video ini bagi menjelaskan lagi fungsi Roboform.

    Theme WordPress Sekali Beli

    Bagi pengguna wordpress, dapatkan theme Divi.Ini theme yang sangat luar biasa. Theme ini sangat fleksibel. Kita boleh cipta macam-macam template dengan menggunakan Divi Builder. Limitasinya hanya kreativiti. Bersama-sama dengan Divi, ada 87 lagi theme lain.

    Apa yang menarik tentang theme keluaran Elegant Themes ini adalah komitmen mereka. Theme dikemaskini dari masa ke masa. Sistem sokongan juga sangat bagus. Andai ada sebarang masalah, hanya perlu email. Dan soalan kita akan dijawab dalam masa sekejap sahaja. Sehingga ke hari ini, jumlah pengguna Elegant Themes sudah mencecah 371,113 orang.

    Divi WordPress Theme

    Kesimpulan

    Tawaran Black Friday dan Cyber Monday boleh buat kita kelabu mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Seeloknya, buatkan senarai keperluan. Dari situ baru pilih apa yang diperlukan.

    Sebagai langkah keselamatan, lihat reputasi dan kredibiliti website. Elak terpedaya dengan harga yang menggoda. Ada yang mahu ambil kesempatan juga di musim orang berbelanja. Beli berpada-pada, guna setiap masa.

  • Bungkusan Kebencian

    Pada suatu hari seorang guru memberitahu anak muridnya untuk membawa kentang. Jumlah kentang itu bersamaan dengan berapa banyak orang yang dibencinya.
     
    Andainya murid ada 5 orang yang dibenci, maka murid itu perlu bawa 5 biji kentang.
     
    Ada murid bawa 3, 5, 10 malah 20 biji kentang pun ada.
     
    “Sekarang masukkan kentang itu dalam plastik. Guru mahu kamu bawa plastik itu setiap hari. Jangan tinggalkan walau sesekali”
     
    Murid akur. Maka setiap hari dibawanya bungkusan berisi kentang.
     
    Hari berlalu. Kentang bertunas. Kemudian berkulat. Jadi busuk.
     
    “Guru, kentang saya makin busuk. Berat pula tu nak bimbit 20 biji ini”
     
    Murid mula mengadu. Guru senyum sahaja.
     
    “Anak-anak muridku, ini yang akan terjadi seandainya diri kita dipenuhi dengan kebencian. Makin banyak kita simpan kebencian, makin berkulat dan busuk dirimu. Justeru, buanglah benci itu jauh-jauh”
  • Teknik Pomodoro

    Teknik Pomodoro

    “Eh Abang beli apa ini?” Cikpuan isteri bertanya.

    “Pomodoro” jawab saya pendek.

    “Apakah pomodoro itu?” tanya dia kembali.

    Pomodoro merujuk kepada sebuah jam tomato. Jam ini boleh ditetapkan masa. Apabila tiba masa yang ditentukan, jam ini akan berbunyi. Sama seperti fungsi ‘timer’.

    Dari sini, lahirlah teknik Pomodoro. Teknik yang bertujuan meningkatkan produktiviti.

    Teknik Pomodoro ini adalah satu kaedah kawalan masa. Proses mendisiplinkan diri untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

    Teknik ini senang.
    1) Kita tentukan tugasan yang hendak dilakukan.
    2) Setkan masa kepada 25 minit.
    3) Janji dengan diri untuk tidak lakukan apa-apa sehingga Pomodoro berbunyi.
    4) Apabila Pomodoro berbunyi, raikan kejayaan dengan rehat sekejap.

    Bagi tugasan yang panjang, gunakan 4 Pomodoro. Maksudnya kita perlukan sedikit rehat setiap 25 minit. Apabila selesai tugasan 4 Pomodoro, maka rehatnya panjang sedikit.

    Falsafah yang digunakan adalah ‘Kejayaan kecil diraikan secara kecil, kejayaan besar diraikan secara besar’.

    Teknik ini boleh digunakan dalam semua tugasan. Baca buku, buat slide, main game, main facebook dan macam-macam lagi.

    Andainya tidak bertemu dengan Pomodoro berupa buah tomato, boleh guna bentuk lain. Andai tidak mahu Pomodoro dalam bentuk buah, boleh gunakan telefon pintar. Ada apps.

    Pomodoro itu alat. Produktiviti dan disiplin itu matlamat.

  • Berguru Content Marketing dari Dato Roslan & Dua Hasbul

    Berguru Content Marketing dari Dato Roslan & Dua Hasbul

    Pada hujung minggu yang lepas saya keluar menuntut ilmu Content Marketing dari Tuan Guru Dato Roslan Ab Hamid. Tulisan Tuan Guru tajam bagai pedang. Apabila dihunus, pasti tertikam. Lantaran itu, menjadi kewajipan untuk saya berguru dengan beliau.

    Sesi Content Marketing membariskan 3 penceramah utama, Tuan Guru Dato Roslan, Tuan Hasbul Aqill dan Tuan Hasbul ‘Ariff. Konsepnya dimulakan oleh Tuan Guru. Tuan Hasbul ‘Ariff bercerita tentang Content Marketing Funnel dan kepentingan memilih audiens yang tepat. Disusuli pengisian oleh Tuan Hasbul Aqill tentang tajuk kegemaran saya, SEO.

    Ini adalah rumusan daripada bengkel Content Marketing dalam catatan saya:

    1. Tulisan mesti ada ‘Feel Good Factor’

    2. Manusia adalah pengumpul. Beli satu, kemudian beli dua dan seterusnya.

    3. Posisi produk mesti betul.

    4. Gunakan bahasa positif dalam komunikasi.

    5. Ada 6 pantang yang mesti dijauhi dalam menulis status di FB: Menggurui, Mengajar, Membebel, Meratap, Merintih, Menjerit

    6. Populariti bukan pendapatan. Tapi penting sebagai batu loncatan.

    7.Tiga ciri konten yang bagus adalah: mempunyai nilai, konsisten, relevan

    8. Content Marketing adalah pemasaran masa depan. Makin cepat kita masuk, makin beruntung.

    9. Tiga formula mudah pemasaran GKG: Get Customers, Keep Customers, Grow Customers

    10. SEO adalah strategi jangka panjang.

    11. Hasil carian di Google mempunyai konversi yang tinggi.

    12. 60% daripada pencari akan klik keputusan tiga teratas di Google.

    13. Tulisan mestilah mengandungi kata kunci.

    14. Untuk jadi pandai menulis, mulakan menulis.

    15. Fikir ‘The Big Picture’ dan aturkan konten kita mengikut susunan.

  • Cara Mempersembahkan Data dalam Presentation

    Mempersembahkan data dalam presentation adalah cabaran yang cukup besar bagi penceramah. Data banyak. Masa sedikit. Apakah solusinya? Salah satu kaedah yang kita boleh gunakan adalah Teknik Satu Persatu. Tonton video ini untuk penjelasan.

  • Teknik Takahashi

    Teknik Takahashi

    Tuan Masayoshi Takahashi menghadapi masalah yang besar. Dia diberi masa 5 minit untuk membuat pembentangan dalam satu konferens. Dia gusar dan risau. Dalam masa yang sama, dia ingin jadikan pembentangannya jelas, unik dan kemas.

    Waktu itu Takahashi tidak mempunyai perisian seperti Powerpoint (ini cerita tahun 2001). Dan dia juga tidak mempunyai akses untuk sebarang program perisian grafik. Pilihan yang ada hanyalah membentangkan teks.

    Dia terus berfikir…

    Akhirnya pada hari pembentangan dia tampil dengan keunikan yang tersendiri. Dia membentangkan teks, tapi dengan kaedah yang pelik. Setiap teks dibentangkan dengan saiz yang sangat besar. Orang di hadapan jelas, yang di belakang pun jelas.

    Kaedah ini seterusnya menjadi popular dan akhirnya dikenali sebagai Teknik Takahashi.

    Teknik Takahashi
    Kiri (Teknik Takahashi), Kanan (Saiz Besar)

    Bagaimana Anda Boleh Mengamalkan Teknik Takahashi?

    Pelajaran yang pertama yang boleh kita fahami adalah apabila kita berterusan mencari idea, idea itu akan datang akhirnya.

    “When the students are ready, the teacher will appear”

    Pelajaran kedua adalah kita perlu mencipta presentasi untuk audiens bukan untuk diri kita. Teknik Takahashi mengambil kira audiens di depan dan di belakang. Malangya kebanyakkan pensyarah atau pembentang hari ini memilih sistem poin peluru yang akan dibaca satu persatu. Ini namanya baca slaid, bukan bentang slaid.

    Pelajaran ketiga yang boleh kita ambil adalah slaid itu alat. Kekuatan presentasi bukanlah terletak pada Powerpoint semata-mata, yang paling penting adalah pembentang itu sendiri. Pisau yang tajam boleh digunakan untuk memotong sayur atau menikam orang. Kedua-duanya memberikan hasil tapi hasilnya berbeza dan tidak sama.