Category: Fundamental

  • Rahsia Copywriting Joseph Sugarman

    Rahsia Copywriting Joseph Sugarman

    Ini adalah Joseph Sugarman.Atau orang panggil juga dengan nama Joe Sugarman.

    Joe dikenali sebagai antara top copywriter dalam dunia ini.

    joseph sugarman 2

    Sugarman kata nak buat iklan ini mudah saja.

    Rahsianya dia gunakan teknik Sugarman Slippery Slope.

    Bayangkan ayat-ayat iklan itu macam gelongsor.Tugas pertama anda adalah nak ajak orang baca ayat pertama dahulu.

    Ayat pertama ini orang panggil headline atau hook.

    the-slippery-slope

    Selepas mereka baca ayat pertama,…mereka terdorong untuk baca ayat kedua…kemudian mereka terdorong untuk baca ayat ketiga…dan kemudian mereka terdorong untuk baca ayat seterusnya…sampai habis.

    Lihat contoh iklan dari Joe Sugarman.

    joseph ads 1

    Macam Mana Nak Mendorong Orang Untuk Baca Ayat Seterusnya?

    Soalan yang bagus.Selepas saya meneliti iklan-iklan dari Sugarman, saya dapati dia menggunakan teknik yang agak konsisten dalam iklan-iklan dia.

    Sugarman Slippery Slope

    • HEADLINE = Big Words yang menangkap perhatian
    • GAMBAR = Gambar produk yang menunjukkan kelainanan atau USP
    • SUBHEADLINE = Ayat yang menyuntik rasa ingin tahu. Biasanya Soalan dan Testimoni

    Contohnya macam iklan BluBlocker tadi.Sugarman guna Vision-Breakthough.Seolah-olah macam penemuan besar. Kita pun terdetik nak baca lagi.Selepas itu dia gunakan ayat yang betul-betul menyuntik rasa ingin tahu, “When I put on the pair of glasses what I saw I could not believe. Nor will you”

    sugarman-slippery-slope-breakdown copy

    Framework yang digunakan dalam Sugarman Slippery Slope ini sebenarnya sama macam AIDA (rujuk koleksi copywriting formula).

    Cuma dia terangkan dengan lebih jelas dan tunjukkan cara yang praktikal.

    Sekarang masa anda untuk praktis dan kongsikan hasilnya nanti.

  • Teknik Psikologi Marketing Yang Mempengaruhi Pelanggan Untuk Membeli

    Teknik Psikologi Marketing Yang Mempengaruhi Pelanggan Untuk Membeli

    Saya ada satu teka-teki. Namakan air berkarbonat yang tinnya berwarna merah?

    Apa jawapan anda?

    Ya. Coke.Walaupun ada air tin lain yang warna merah, tapi ingatan anda terus kepada Coke.

    Macam mana Coke boleh jadi sebegitu kuat dalam ingatan anda.Inilah yang dikatakan Battle of The Mind.

    Jenama mana yang menjadi pertama dalam fikiran anda biasanya akan menjadi pilihan utama anda.

    Apabila jenama besar ini memahami unfair advantage ini, maka mereka memulakan proses menawan psikologi anda.Tanpa anda perasan!

    Kali ini saya ingin berkongsi tentang beberapa teknik psikologi marketing yang digunakan untuk mempengaruhi anda.Sama ada bisnes online atau offline.

    Teruskan membaca. Anda akan temui AHA-Moment!

    SPACE-TO-PRODUCT RATIO

    Pernah masuk Apple Store? Apa yang anda rasa?Apa beza Apple Store berbanding kedai RM2?Kalau anda perasan, ruang dalam Apple Store agak besar. Spacious.

    apple store

    Tapi ruang dalam kedai RM2 padat dan rapat.Nak jalan pun tak ada ruang.

    Konsep ruang yang besar macam Apple Store ini digunakan juga oleh semua jenama-jenama eksklusif.Kalau anda ke KLCC, anda boleh masuk butik-butik di situ dan anda akan dapati kedai nampak macam kosong.Banyak sangat ruang!Teknik ini dikenali sebagi Space-to-product ratio.Apabila ratio antara space dan product tinggi, maka anda akan rasa kemewahan, prestij dan menarik.Tapi apabila ratio itu rendah, kesan yang anda rasakan adalah sebaliknya. Murah, tak berkualiti.Jadi macam mana anda nak aplikasikan di dunia digital?

    Action Plan

    Pertama, design website anda mesti ada ruang yang cukup.Elakkan website yang terlalu padat.

    Lihat website Apple.Space-to-product ratio tinggi.

    contoh website apple

    Contoh website apple

    Kedua dalam product photoshoot, ambil gambar yang ada white space yang cukup.

    Tengok contoh gambar produk di website Louis Vuitton.Ringkas dan kosong.

    contoh LV

    Contoh gambar produk di LV

    Kesilapan ramai orang adalah nak sumbat sebanyak mungkin elemen dalam ruang kosong. Nak bagi nampak penuh katanya.

    MERE  EXPOSURE EFFECT

    Kenapa jenama-jenama besar tidak pernah berhenti iklan.Walaupun jenama itu sudah dikenali.Walaupun kedai mereka sentiasa penuh dengan pelanggan.

    roti gardenia

    Kalau anda diberikan pilihan nak pilih roti yang mana:1.Gardenia2.DesaKemungkinan besar anda akan pilih Gardenia?Kenapa?Ini adalah kerana Mere Exposure Effect.Efek ini akan menyebabkan anda cenderung untuk beli atau guna produk yang anda sudah biasa.Boleh jadi sudah biasa dengar.Boleh jadi sudah biasa lihat.Boleh jadi sudah biar rasa.Boleh jadi sudah biasa guna.Kata kuncinya adalah “sudah biasa”.Maka untuk mewujudkan rasa biasa itulah jenama-jenama besar tidak berhenti beriklan.

    The average person needs to see a brand, product, or service seven times in ads before they buy

    Action Plan

    Anda boleh ambil konsep yang sama.Jangan pernah berhenti buat iklan kepada pelanggan anda.Biarpun pada ketika tidak ada promosi, teruskan iklan.Supaya mereka sentiasa ingat jenama anda.Kalau anda tidak mahu buat iklan, fikirkan alternatif lain supaya pelanggan sentiasa ingat anda.Anda boleh hantar email secara berkala.Anda boleh hantar hadiah kepada pelanggan.

    FRAMING

    Kalau anda diberikan dua pilihan,A) makan ikan sejuk yang mentahatauB) makan ikan yang dimasak cara orang Jepun

    ikan mentah

    Apa pilihan anda?Majoriti akan pilih B.Siapa nak makan ikan mentah-kan?Sebenarnya kedua-duanya merujuk kepada makanan yang sama. Sushi.Ada kajian pernah dibuat. Peserta ditanya susu mana yang mereka akan pilih:Susu A – 98% fat freeatauSusu B – Only 2% fatMajoriti memilih susu A. Walaupun sebenarnya sama saja.Ini adalah impak Framing.Framing membentuk persepsi.Persepsi melahirkan emosi.Framing ada dua kategori.1. Framing positif2. Framing negatifDalam framing positif, anda menggambarkan kesan baik yang pelanggan akan nikmati.Manakala dalam framing negatif, anda menggambarkan kehilangan dan penderitaan yang pelanggan akan hadapi.Mengikut pengalaman saya, framing negatif lebih beri impak berbanding framing positif.

    Profesor Daniel Kahneman dan Amos Tversky dalam bukunya, Thinking: Fast and Slow beritahu,

    a loss is perceived as more significant, and therefore more worthy of avoiding, than an equivalent gain.

    Action Plan

    Anda boleh gunakan kesan ini dalam menulis copywriting atau ayat jualan.

    Contohnya 90% pengguna berpuas hati dengan produk ini.

    Atau anda boleh gunakan framing negatif.Framing negatif yang biasa digunakan adalah scarcity!

    Tawaran ini tamat jam 11.59 malamJangan lepaskan peluang iniHanya tinggal 7 unit terakhir saja lagi

    Pastikan anda tidak menipu semasa menggunakan framing negatif.Kalau anda menipu, jenama anda akan menerima kesan buruk dalam jangka masa panjang.

    DECOY EFFECT

    Taktik ini biasa digunakan.Saya tulis tentang Decoy Effect ini tahun 2017 lagi.

    Dalam Decoy Effect, kita wujudkan beberapa harga alternatif supaya pelanggan beli harga yang kita mahu.

    Decoy = umpan

    Contohnya ada 3 pilihan pop corn di bawah.Mana satu pilihan anda?

    Anda akan pilih sama ada small atau large sahaja.Jarang orang akan pilih medium.

    Medium dicipta untuk memudahkan anda buat keputusan.Anda akan rasa “ala tambah 50 sen sahaja dapat large”.

    Action Plan

    Anda boleh mewujudkan beberapa pakej.Biasanya tiga pakej.

    Dalam 3 pakej itu anda tentukan mana satu nak jadi decoy.

    Kesilapan ramai orang adalah mereka tamak.Nak jual semua pakej. Tak ada decoy.

    Kedua, anda boleh gunakan teknik ini dalam proses upsell.Contohnya tambah RM1 untuk upgrade ke pakej yang lebih bagus.

    NOBLE CAUSE

    Trend ini belum sampai sepenuhnya di Malaysia.Tetapi sudah digunakan banyak jenama antrabangsa.Ikut kajian, 47% daripada Gen Z mengharapkan jenama ambil peduli isu-isu penting.Contohnya Adidas. Mereka ambil kisah tentang sustainability.

    sustainability adidas

    Allbirds, salah satu jenama kasut yang tersohor juga antara jenama yang terkehadapan dalam menggunakan Noble Cause.

    allbirds

    Apabila pelanggan nampak pembelian mereka menyumbang kepada sesuatu, mereka rasa gembira.Kesannya, mereka cenderung untuk jadi pelanggan setia.

    Action Plan

    Pilih apakah noble cause yang anda ingin lakukan.Beritahu pelanggan menerusi saluran anda contohnya website.

    Elakkan daripada memanipulasi tujuan ini semata-mata untuk meraih keuntungan sahaja.

    Berikan laporan secara telus supaya pelanggan dapat melihat hasil noble cause yang dilakukan,

    Kesimpulan

    Anda belajar sesuatu?Sekarang masa untuk anda praktikkan teknik psikologi ini.Pilih mana yang anda mahu mulakan.

    InsyaAllah saya akan tambah lagi teknik-teknik psikologi dari masa ke masa.

  • Dua Formula Fundamental Bisnes & Cara Buat Marketing Plan (Bonus: Downloadable Template)

    Dua Formula Fundamental Bisnes & Cara Buat Marketing Plan (Bonus: Downloadable Template)

    Baru-baru ini ada kawan datang mengadu masalah. Jualan makin menurun. Kalau dibiarkan makin bahaya.

    Saya pun mulakan strategic call. Nak tahu apa puncanya.

    Selepas dengar penjelasan, jumpa puncanya.

    Kesilapan yang biasa dilakukan.

    Strategi bisnes dia hanya fokus pada….

    Sebelum itu, saya nak kongsikan 2 formula paling penting.Kalau anda faham formula ini, anda jelas nak rancang strategi marketing apa.

    Formula ini saya belajar dari Adam Khoo 10 tahun yang lepas.

    Sampai sekarang masih guna dan akan terus guna.

    Formula 1

    formula 1

    New Customers = Number of Leads(NOL) X Conversion Rate(CR)

    Untuk mendapatkan pelanggan baru, anda boleh baiki NOL atau CR atau kedua-duanya.

    NOL adalah berkaitan saluran. Sama ada anda gandakan lagi kewujudan anda di satu saluran atau anda tambah saluran baru.

    CR pula berkait rapat dengan tawaran anda. Tawaran wujud di dua tempat. Satu di sales page dan satu lagi di skrip jualan.

    Formula 1 penting dan kritikal apabila anda mula berbisnes.

    Formula ini bawa cash flow yang positive.

    Tapi…

    Untuk bertahan dalam bisnes,

    Anda perlukan Formula 2.

    Formula 2

    formula 2

    Sales Revenue = NOC X Average Order Value (AOV) X Repeat Purchase (RP)(dulu saya gunakan ADP, sekarang tukar kepada AOV)

    AOV adalah berapa jumlah perbelanjaan dalam satu transaksi.

    Contohnya saya pergi ke Starbucks dengan niat nak beli kopi bersaiz grande berharga RM14.

    Tiba-tiba jurujual beritahu tambah RM1 dapat upgrade ke size Venti.

    Saya pun terus tambah RM1.

    Jadi niat asal tadi dari RM14 sudah bertukar menjadi RM15.Inilah rahsia bagaimana Starbucks boleh buat extra RM30,000 sehari

    RP pula ada belian ulangan. Idea utamanya mendapatkan pelanggan untuk buat belian kedua, ketiga dan seterusnya.

    RP ini boleh dicapai dengan pelbagai cara.

    Yang terkenal adalah program membership atau loyalty points.Ataupun pelancaran produk baru.

    Untuk sesebuah bisnes itu bertahan dan berkembang,anda wajib gunakan formula 2.

    Tapi kesilapan ramai pembisnes baru…macam kisah kawan saya tadi…

    Mereka terlalu terpesona dengan mencari pelanggan baru. Formula 1.Semua iklan kerjanya mendapatkan pelanggan baru.Semua kempen marketing bertujuan mendapatkan pelanggan baru.

    Pelanggan sedia ada? Krik..krik.

    Kos mendapatkan pelanggan baru akan sentiasa meningkat.Tapi kos menjual kepada pelanggan sedia ada murah.

    Bahkan dalam banyak kes, kos marketingnya percuma.

    Bayangkan…

    Kalau anda ada 100,000 pelanggan yang pernah membeli.

    Dan mereka buat belian ulangan sebanyak RM10 sahaja.

    100,000 x RM10= RM1,000,000

    Anda rasa kenapa Apple perkenalkan iPhone baru setiap tahun?

    Atau kenapa McD akan perkenalkan menu baru setiap bulan?

    Atau Starbucks perkenalkan new signature drink setiap musim?

    Majoriti syarikat yang anda beli berulangkali produknya bertahan sampai sekarang.

    Strategi Formula 1 dan 2

    Untuk guna formula 1 dan 2 ini senang saja.Cari kertas dan pen.Atau buka notepad atau google doc.

    Kemudian tulis balik formula 1 dan 2.

    Selepas itu, pilih elemen mana yang anda ingin bina kempen marketing.

    • Number of Leads
    • Conversion Rate
    • Average Order Value
    • Repeat Purchase

    Tetapkan target secara spesifik.Contohnya nak naikkan NOL kepada 1000 pelawat ke website sehari.

    Kemudian senaraikan aktiviti yang perlu dilakukan untuk capai 1000 pelawat sehari.Senaraikan sebanyak yang boleh (brainstorm bersama tim).Akhir sekali pilih 3 aktiviti yang paling beri kesan dan lakukan.

    Senang atau mudah sangat?

    Apabila anda bina kempen marketing menggunakan kaedah ini,halatuju kempen marketing anda jelas.Tak terikut-ikut dengan orang.

    snapshot marketing planner

    Kalau anda nak lagi senang, download template Marketing Planner di sini.Percuma. Tak perlu bayar apa-apa.

    Ada soalan? Boleh komen.

  • Taktik Marketing Starbucks, Apple, Subway dan The Power of Personalization

    Taktik Marketing Starbucks, Apple, Subway dan The Power of Personalization

    Ada satu eksperimen pelik.Peserta direkrut dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Peserta kumpulan A dikehendaki menyiapkan origami.Memandangkan kesemua peserta adalah orang yang baru dalam origami, maka Prof Ariely menyediakan arahan dan cara-cara untuk buat origami dengan terperinci.Selepas peserta siap, Prof beritahu bahawa hasil karya origami mereka berpotensi untuk dijual.Peserta diminta meletakkan harga yang dirasakan sesuai.

    Untuk kumpulan B, mereka tidak buat origami.Sebaliknya mereka diminta untuk menilai hasil origami peserta kumpulan A dan meletakkan harga yang sesuai.

    Apabila dibandingkan harga kumpulan A berbanding B, peserta kumpulan A meletakkan harga 5X lebih mahal berbanding harga yang diberikan oleh kumpulan B!

    Eksperimen ini kemudiannya diulang lagi…dengan sedikit perubahan…Kali ini peserta baru tidak diberikan arahan melipat origami dengan terperinci.Mereka harus cuba-cuba dan fikir sendiri.

    Hasilnya origami mereka tidak berapa nampak rupa.

    Kemudian mereka diminta menilai hasil karya mereka.

    Dan…

    Kumpulan ini memberikan nilai harga lebih tinggi berbanding kumpulan A!

    Kenapa jadi begitu?

    Pertama, macam yang saya terangkan dalam The IKEA Effect, apabila sesuatu produk itu melibatkan campur tangan pengguna, mereka lebih menghargai produk itu.

    Jadi mereka cenderung untuk memberikan nilai yang tinggi.

    Daripada eksperimen ini, kita dapati semakin banyak atau semakin susah pengguna perlu buat, semakin tinggi nilai yang diberikan.

    Syarikat-syarikat gergasi makin banyak menggunakan teknik ini.Mereka sebut sebagai “PERSONALIZATION”.

    Personalization bukan sekadar menunjukkan produk itu khas untuk pengguna.Bahkan personalization berfungsi memberikan rasa milik bersama yang lebih kuat.

    Di Starbucks, anda boleh cipta air minuman ikut suka. Ada nama anda lagi.

    Di Subway, anda boleh pilih kombinasi sandwich apa yang anda mahu.

    Di Apple, anda boleh tulis nama anda pada produk seperti iPad.

    Apabila sesuatu produk itu mempunyai sentuhan anda, maka anda lebih sayang dan meletakkan nilai yang jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya.

    Jadi…

    Mulakan personalization dalam kempen anda.Hasilnya berbaloi-baloi.

  • 3 Teknik Cari Idea Copywriting Berkesan (Copywriting Hacking Method)

    3 Teknik Cari Idea Copywriting Berkesan (Copywriting Hacking Method)

    Kenapa anda perlu ada teknik copywriting? Antara masalah yang marketer sering hadapi adalah tak ada idea copywriting. Tak dapat inspirasi. Clueless.

    Kesannya iklan lambat terhasil. Ini bahaya.Salah satu kunci besar dalam kejayaan marketing adalah timing.

    Bayangkan permainan bola sepak. Anda adalah penyerang.

    sepakan gol

    Bola tiba di kaki anda. Penjaga gol sudah terjatuh di sebelah kanan.Anda di sebelah kiri.

    Kalau anda tidak sepak sekarang, pemain lain akan datang.

    Apa anda akan buat?

    Sama saja konsepnya dalam marketing.

    Idea yang hebat kalau salah masa tak menjadi juga.

    Macam kisah Palm.

    Pernah dengar?

    pa,

    sumber gambar: https://www.techspot.com/article/2083-palm/

    Palm merupakan ‘smartphone’ terawal muncul.

    Tapi dia muncul di waktu yang salah.Waktu istilah smartphone tak wujud lagi…Waktu itu jangan kata nak dapat WIFI…Internet pun perlahan yang amat. 

    Akhirnya tamatlah riwayat Palm.

    Begitu juga kalau anda ada idea yang hebat tapi tidak dilaksanakan.Pun akan menerima nasib yang sama.

    Sebagaimana Kodak tidak mahu beralih kepada digital photography.Walaupun semua orang sudah mula pergi ke situ.

    Berbalik kita kepada copywriting…

    Adalah menjadi perkara biasa untuk copywriter mengalami writer’s block.Idea tak datang-datang.

    Jadi untuk mengatasi writer’s block, anda mesti ada 3 senjata.Tiga senjata ini adalah teknik copywriting yang saya gunakan setiap hari.

    3 Teknik Copywriting Atasi Writer’s Block

    1. 1The Ads Library
    2. 2Flow State
    3. 3Ads Inspiration Tool

    Baiklah.Sekarang kita terus kepada senjata pertama.

    Teknik 1: The Ads Library

    Ads Library adalah koleksi iklan-iklan yang anda suka.Boleh jadi anda suka kerana hook, gambar, video…

    Yang penting anda mesti simpan di satu tempat.

    Apabila saya lihat iklan menarik di FB, saya akan cepat-cepat klik SAVE VIDEO.

    save ad

    Kemudian masukkan iklan itu dalam satu collection.Collection ini macam folder.Nama collection anda boleh namakan ikut suka.

    “Macam mana nak cari balik collection yang saya saved tadi?”

    Senang saja.Bila anda perlukan, hanya pergi ke menu dan cari SAVED.

    fbads save

    Sama juga di instagram, anda klik SAVED dan masukkan ke dalam collection.

    Untuk TikTok pula, kalau saya jumpa iklan menarik,saya akan terus download iklan itu.

    save video tiktok

    Jadi sekarang ini anda sudah ada 3 Ads Library:1. Facebook Collection2. Instagram Collection3. TikTok Video

    Mudahkan?Langkah seterusnya adalah pilihan.Saya suka untuk kumpulkan data di satu tempat.Jadi apa yang saya buat biasanya, selain dari save ke dalam collection,saya juga akan hantar ke dalam group telegram.Di group telegram lebih mudah dan senang untuk akses.

    Group ini saya kongsikan dengan tim.Dan mereka pun hantar juga.

    Jadi kita akan sama-sama bina Mega Ads Library.

    Sekarang kita tengok senjata kedua.

    Teknik 2: The Flow State

    Perasan tak ada waktu anda dapat idea mencurah-curah.Waktu itu tulis copywriting senang saja.

    Tapi ada waktu blank terus.

    Macam mana nak dapat waktu yang idea mencurah-curah?

    Inilah yang dikatakan sebagai The Flow State.Saya cadangkan anda baca buku The Art of Impossible dari Steven Kotler.

    Buku ini sangat powerful dan praktikal.

    Flow State adalah keadaan di mana kita betul-betul fokus. 110%!

    Apabila atlet-atlet profesional bertanding, mereka mahu berada di flow state.Apabila berada dalam flow state, anda tidak sedar penat, lama masa berlalu.

    Yang anda tahu siapkan kerja yang perlu disiapkan.

    Jadi sebagai copywriter atau marketer, waktu yang terbaik untuk buat iklan adalah waktu anda berada dalam Flow State.

    Bagi orang biasa, flow state datang tiba-tiba.

    Atau datang sekali sekala.

    Tapi…

    Kalau anda belajar bagaimana mencipta flow state,

    Anda boleh masuk ke flow state setiap hari!

    Sebab itu saya cadangkan anda baca buku Steven Kotler atautonton video ini.

    Kalau anda tak masuk-masuk juga flow state, jangan bimbang.

    Saya akan kongsi dengan anda satu lagi senjata rahsia.Hacking the flow state!

    Nak ke nak sangat?

    Teknik 3: Ads Inspiration Tool

    Marketer yang power mereka pandai ‘mencuri’.Bukan mencuri barang, tapi curi konsep.

    Anda tahu beza antara chef dan tukang masak?Kedua-duanya boleh masak.

    Tapi tukang masak hanya tahu masak resipi yang dia belajar sahaja.Sedangkan chef boleh mencipta resepi menggunakan bahan-bahan yang ada.

    Sebab chef faham konsep atau asas.

    Sama juga dalam kes kita.

    Seorang copywriter yang hebat apabila dia nampak iklan, dia nampak konsep yang digunakan.

    Kemudian dia cuba replicate konsep itu ke dalam iklan dia.

    Bukan tiru bulat-bulat!

    Mungkin anda tertanya-tanya di mana anda ingin ‘mencuri’.

    Inilah tempat-tempat kegemaran saya belajar iklan-iklan power.

    1. Facebook Ads Library

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Percuma

    Facebook Ads Library adalah tempat rujukan utama saya. Anda boleh tengok iklan-iklan dari semua orang.

    Tidak terhad kepada Malaysia saja, bahkan anda boleh pergi ke serata dunia.

    Contoh saya nak tengok iklan yang Mr DIY buat. Taip saja Mr DIY.

    Kemudian saya akan cuba kenal pasti apakah konsep iklan yang digunakan.

    Dalam artikel Contoh Copywriting Power, saya ada buat kajian perbandingan bagaimana 12 advertisers besar di Malaysia beriklan. Anda boleh baca untuk lihat bagaimana saya ambil konsep iklan dari mereka.

    Kelemahan Facebook Ads Library adalah anda kena tahu page mana yang anda ingin lihat.Kalau anda tidak tahu siapa pesaing, maka anda tidak dapat cari mereka.

    Lagi satu, anda juga tidak boleh filter iklan-iklan mengikut objektif.Jadi anda tidak dapat tahu secara spesifik adakah iklan yang ada sekarang ini iklan yang perform atau testing.

    2. TikTok Creative Centre

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Percuma

    Sekarang ini TikTok Creative Centre merupakan tempat inspirasi kegemaran saya. Hampir setiap hari, saya akan buka website ini untuk cari idea-idea baru.

    Apa yang menarik tentang TikTok Creative Centre adalah semua kelemahan Facebook Ads Library tadi sudah diatasi oleh TikTok.

    Anda boleh lihat iklan orang lain mengikut objektif dan industri. Ini sangat power.

    Anda boleh klik pada iklan yang anda mahu kalau nak lebih info.

    3. Meet AdBox

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Berbayar

    AdBox memantau Top 3000 advertisers di Facebook. Kemudian iklan-iklan dari advertiser ini disusun ikut kategori yang relevan.

    Selain dari itu AdBox juga ada menyediakan laporan kes studi, hooks untuk anda baca.

    Secara keseluruhannya, AdBox ini memudahkan kerja anda. 

    Cuma kelemahannya data yang ada tidak sebanyak FB Ads Library ataupun TikTok Creative Centre.

    Dan fokus AdBox lebih kepada US Market.

    4. SwipeFile

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Percuma

    SwipeFile merupakan tempat yang menarik untuk belajar dan ambil inspirasi.Berbeza dengan tiga platform di atas, SwipeFile lebih menyeluruh.

    Ada printing ads, magazine, outdoor dan macam-macam lagi.Tidah terhad kepada iklan di Facebook atau TikTok sahaja.

    Dan ada fungsi filter. Anda hanya klik saja kategori yang ada dan konten-konten akan berubah.

    Kekurangan SwipeFile adalah kekerapan data ditambah agak perlahan.Juga ada kemungkinan anda boleh lari fokus dek kerana terlalu asyik melihat pelbagai iklan yang dipaparkan.

    5. Copy.Ai

    Ease of use

    Copy Quality

    Price

    Percuma/Berbayar

    Copy.Ai merupakan  tool baru yang sedang meningkat naik. Tool ini menggunakan fungsi artificial intelligence untuk menghasilkan ayat jualan.

    Sebenarnya bukan setakat ayat jualan, anda boleh gunakan untuk tulis blog dan ayat dalam email.

    Saya gunakan tool ini untuk mendapatkan idea-idea copywriting.

    Saya tunjukkan contoh. Mula-mula buat New Project.

    Masukkan maklumat berkaitan produk anda.

    Pilih tone. Tone merupakan lenggok atau gaya ayat yang akan digunakan.Kemudian klik create copy.

    Dan tadaa…anda dapat cadangan-cadangan idea copywriting.

    Kalau anda perhatikan, saya masukkan penerangan tentang produk dalam Bahasa Malaysia dan Copy.Ai boleh faham input itu.

    Power ke power sangat?

    Bagi saya tool ini berbaloi untuk anda cuba. Lagipun ada pelan percuma.Anda tak rugi apa-apa.

    Cuma macam biasa…

    Jangan serah bulat-bulat kerja copywriting ini pada robot.Anda perlu semak dan masukkan kreativiti anda juga.

    Teknik Idea Copywriting Berkesan…

    Copywriting adalah satu kemahiran.Kemahiran perlukan latihan.

    Makin kerap anda berlatih, makin bagus kemahiran anda.

    Syaratnya…Ada maklumbalas ataupun feedback.Maklumbalas ini kita dapat daripada hasil iklan.Kalau result iklan makin lama makin bagus, maksudnya kemahiran anda makin bagus.

    Boleh kongsikan apa teknik cari idea copywriting kegemaran anda?

  • Masalah Iklan Facebook Tak Menjadi. Macam Mana Nak Buat?

    Masalah Iklan Facebook Tak Menjadi. Macam Mana Nak Buat?

    Apabila anda buat iklan di FB, anda nak jualan meningkat. Tapi macam mana pula kalau selepas buat iklan jualan menurun. Atau lebih dahsyat lagi, tak ada jualan lansung.

    Salah siapa? Salah iklan?

    Adakah jualan tidak menjadi kesemuanya salah iklan?

    Tidak.

    Secara mudahnya, masalah jualan menurun berpunca dari tiga sebab utama:

    PUNCA JUALAN DI FACEBOOK TIDAK MENJADI

    • Masalah iklan
    • Masalah audience
    • Masalah conversion

    Cara merawat ketiga-tiga masalah ini tidak sama.

    Sebelum kita pergi kepada mencari masalah, saya nak kongsikan fundamental iklan.

    Fundamental Iklan

    diagnosis iklan

    Iklan anda ditujukan kepada audience tertentu. Audience ini boleh jadi prospek baru (cold) ataupun pelanggan sebelum ini (warm).

    Setiap kali iklan itu dilihat oleh audience, maka itu dikira 1 impression.

    Kalau iklan anda dilihat 1000 kali, maka iklan itu dikira mendapat 1000 impression.

    Impression tidak bersifat unik.

    1000 impression bukan bermaksud 1000 orang audience.

    Boleh jadi ada audience yang sama nampak 3 kali iklan yang sama. Maka ini sudah dikira 3 impressions.

    Bagi tujuan memahami konsep ini, anggap sahaja 1000 impressions ertinya 1000 orang audience.

    Facebook akan mula mengenakan caj iklan apabila iklan kita cukup 1000 impression. Ini disebut sebagai Cost Per 1000 impressions atau lebih mudah Cost Per Impressions (CPM).

    cost per impressions

    “Berapa CPM normal biasanya?”

    Ini pun soalan yang sering saya terima.

    Jawapannya tidak ada jumlah yang tetap.

    Kebiasaannya Facebook akan menaikkan CPM apabila musim orang beli belah. CPM ini juga boleh berubah mengikut niche.

    Cara yang paling mudah untuk melihat purata CPM adalah lihat data-data iklan anda sebelum ini.

    Seterusnya, apabila audience klik iklan itu, mereka akan dibawa ke sales page.

    Maka dari sini muncul satu lagi istilah Cost Per Click (CPC).

    cost per click

    CPC adalah berapa bayaran yang anda bayar pada Facebook bagi mendapatkan satu klik.

    Dari sini juga, anda dapat tahu adakah iklan itu mendapat klik atau tidak.Kadar klik ini dikenali sebagai Click Through Rate (CTR).

    click through rate

    Sekiranya audience tidak klik pada iklan anda, maka CTR anda jadi rendah.Dan secara automatiknya juga CPC akan meningkat.

    Selepas audience masuk ke sales page, maka audience ada dua pilihan sahaja.Sama ada beli atau tidak.

    Apabila mereka membeli, maka anda dapat Cost Per Purchase (CPP).

    Ada juga yang menyebut CPP ini sebagai Cost Per Acquisition (CPA).

    cost per purchase

    Kalau anda perhatikan, sekiranya CPM meningkat, maka kemungkinan besar CPP akan meningkat juga.

    Sebab itu sesetengah media buyers sangat ambil kisah CPM.Mereka rekod CPM dari masa ke masa.

    Cuma kelemahannya tidak ada apa-apa tindakan major yang anda boleh buat untuk mengubah CPM ini.

    CPM ini boleh dikatakan baseline iklan yang ditetapkan oleh Facebook.

    Tetapi…

    Untuk matrik yang lain, anda boleh kawal. Saya terangkan di bawah.

    Diagnosis Punca Masalah

    Sekarang anda sudah faham istilah-istilah penting.

    Ada media buyer menggunakan lebih banyak matrik untuk melihat keberkesanan iklan mereka.

    Boleh saja. Saya lebih gemar untuk pegang cara yang simple.

    Point penting adalah anda bukan setakat tahu istilah-istilah matrik itu, tapi anda juga tahu makna di sebalik data yang diperolehi dan tindakan yang perlu dilakukan.

    Untuk proses diagnosis masalah iklan, saya setkan paparan dashboard FB seperti dibawah.

    Apabila iklan berjalan, saya akan dapat data. Menerusi data yang saya perolehi, saya akan buat keputusan di mana punca masalah.

    Sebagai contoh:

    cara baca data facebook

    Kempen 1 menunjukkan ROAS 4.7x dan kempen 2 = 4.03x.

    Kedua-duanya memberikan pulangan yang sangat positif.Maka saya tahu iklan kempen pertama dan kedua tidak ada masalah.

    Manakala kempen ketiga tidak berapa menjadi. (ketiga-tiga kempen ini menjual produk yang sama)

    Untuk kempen ketiga, soalan yang saya akan tanya adalah 1. Kenapa tidak menjadi?2. Adakah masalah iklan atau masalah conversion?

    Bagi menjawab persoalan ini, saya lihat data CTR.

    ctr

    CTR = 1.31% = bagus (target saya adalah CTR > 1% untuk produk ini)

    Pun begitu, walaupun CTR bagus tapi conversion tidak berlaku.

    masalah conversion

    Maka anda rasa masalah berlaku di mana?

    “Conversion?”

    cara baca data facebook

    Lihat balik data ini:

    Kempen 1 = 15 purchasesKempen 2 = 4 purchasesKempen 3 = 1 purchases

    Iklan dalam ketiga-tiga kempen adalah sama.Produk yang dijual juga sama.

    Tapi kenapa kempen 3 tidak menjadi?

    Jawapannya…

    kemungkinan besar audience dari kempen 3 adalah audience salah.

    Audience ini klik pada iklan tapi mereka tidak membeli.Sedangkan audience dari kempen 1 dan 2 klik dan membeli.

    masalah audience

    Maka tindakan untuk kempen 3 adalah tutup kempen iklan.

    Senangkan?

    Kalau ini adalah kali pertama anda berjumpa istilah-istilah ini, anda mungkin sedikit pening.Saya cadangkan anda simpan artikel ini dan ulang baca kembali.

    Lagi satu…

    Apabila anda melatih diri setiap hari membaca data iklan, lama-kelamaan proses diagnosis ini akan menjadi secara automatik.

    Baiklah. Sambung sikit lagi.

    Tindakan Selepas Kenal Pasti Masalah

    Macam yang saya beritahu tadi. Perkara paling penting selepas kenal pasti masalah adalah tindakan yang perlu dilakukan.

    Saya ringkaskan seperti di bawah.

    TINDAKAN ANDA

    • Masalah iklan >>> Baiki Copywriting atau Creative
    • Masalah audience >>> Tukar audience
    • Masalah conversion >>> Baiki Tawaran

    Kebiasaannya saya cadangkan anda lakukan proses review iklan dua kali sehari.Sekali waktu pagi dan sekali lagi malam hari.

    Ada soalan?

    Boleh komen di bawah.