Category: Ads

  • Boleh Dia Suruh Datang Esok dan Digital Marketing Troubleshoot

    Boleh Dia Suruh Datang Esok dan Digital Marketing Troubleshoot

    “Bolehkah saya nak tempah meja””Bila tu encik?””Tengahari ini..jam 1.30pm””Oh. Tak tahu meja ada ke tak. Kenapa encik tak call awal. Encik tempah esok hari boleh?””Saya sudah call jam 9.30 pagi. Operator beritahu buka jam 12 tengahari. Dia suruh saya tinggalkan contact no..saya dah bagi. Saya tunggu sampai jam 1210 tak ada orang call pun. Jadi saya call balik jam 1215 ni””Oo.encik nak tempah untuk berapa orang””14 orang””Alamak. Tak pasti sempat ke tak. Banyak kerja nak kena buat. Nak kena siapkan meja.”Perbualan sudah nak jadi panas. Saya beritahu diri sendiri supaya tenang dahulu.Barangkali yang jawab telefon ini tidak pernah menerima latihan.Minggu lepas baru saja saya tempah meja. Dan memang tempat ini lengang. Mustahil akan penuh.Saya berfikir selepas kejadian ini.Banyak syarikat terlepas pandang perkara kecil yang boleh menjadi besar.Mereka tidak melatih pekerja mereka menjawab panggilan telefon.Pernah sekali saya hubungi sebuah kedai. Yang menjawab senyap sahaja. Dia tunggu kita mulakan perbualan.Walaupun pelanggan yang menelefon, paling kurang kita nak dengar ucapan sapaan seperti “Hello, Nama kedai, ada apa boleh saya bantu…”Guru saya beritahu ini adalah ilmu balairong seri. Cara atau kaedah memuliakan tetamu.

    ilmu balairong seri

    Tetamu yang merasakan diri mereka dimuliakan, mereka akan bercakap-cakap dan datang berulang kali.Dalam istilah moden kita panggil ilmu ini sebagai Customer Service.Apabila kita pergi ke tempat-tempat eksklusif, mereka sangat menitik beratkan ilmu balairong seri ini.Dari sekecil-sekecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.

    Ok sekarang kita pergi ke digital marketing…

    Bulan Mac adalah bulan yang mencabar bagi kami di Digital Brain.Kempen-kempen yang berprestasi menjunam jatuh.

    Apa yang kami buat adalah kembali kepada asas.Apabila anda berhadapan dengan kempen yang tidak berjaya, kita semak minimum 4 perkara.

    1. Teknikal

    Lakukan semakan adakah masalah berpunca daripada server crashed, website tak dapat masuk, ada error, lupa letak link pada butang dan macam-macam lagi.Masalah teknikal apabila berjaya dikesan dan diatasi akan menunjukkan perubahan positif terus pada kempen.

    2. Ads Creative atau Copywriting

    Masalah ini kita boleh lihat menerusi metriks Link Click, Unique Click Through Rate, CPC, Engagement, Quality ranking.

    quality ranking

    Caranya bandingkan dengan iklan atau prestasi sebelum ini. Kalau Unique Link CTR sebelum ini 2%, sekarang 0.75%, maka kita semak copywriting atau creative.

    3. Targeting

    Lihat CPM. CPM ada yang sebut sebagai vanity metriks. Maksudnya metriks yang tidak direct. Apabila tidak direct maka nak abaikan boleh.Saya gunakan CPM untuk melihat keberkesanan targeting. Apabila targeting kita kena dengan audiens, CPM murah.Tapi apabila targeting ke laut, maka CPM akan meningkat.Cara nak tengok CPM naik atau turun adalah dengan merekodkan data sebelum-sebelum ini dan bandingkan dengan data sekarang. Ataupun gunakan fungsi compare pada ads dashboard.

    perubahan CPM

    CPM juga dipengaruhi oleh musim. Contohnya pada Q4, kos CPM secara umumnya akan meningkat kerana itu adalah musim membeli belah.

    CPM juga dipengaruhi oleh engagement. Kalau iklan itu tak menarik, iklan itu dilabel sebagai low quality. CPM akan meningkat. CPC akan meningkat dan akhirnya kos untuk seorang pelanggan juga akan naik.

    4. Sales Page

    Klik ke website sudah tinggi. CPM pun ok. Trafik yang masuk banyak. Tapi conversion tak ada. Ini masalah sales page.Kalau ini berlaku, baiki sales page. Dalam artikel ini saya ada kongsikan 14 elemen yang boleh membantu meningkatkan conversion sales page.Setelah semakan, kami dapati masalah berlaku pada nombor 2 dan nombor 3.Jadi kami mulakan proses tambah baik.

    Alhamdulillah, jualan dapat kembali ke landasan dan capai target.

    troubleshoot

  • Cara Buat Domain Verification Untuk Facebook Ads (Langkah demi Langkah)

    Cara Buat Domain Verification Untuk Facebook Ads (Langkah demi Langkah)

    Ini adalah tutorial cara buat domain verification untuk Facebook. Domain verification kini adalah sesuatu yang wajib dibuat oleh FB Ads advertiser.

    Apabila domain anda sudah disahkan, baharulah anda boleh menghubungkan dengan assets yang lain ataupun berkongsi dengan business manager yang lain.

    Panduan ini akan saya kemas kini dari masa ke masa.

    Kenapa FB Mahu Bisnes Buat Verification?

    Proses verification ini menyulitkan advertiser.Tapi FB mempunyai sebab yang tersendiri kenapa mereka mahu wajibkan fungsi ini.

    Salah satu sebab utama adalah untuk mengurangkan clickbait dan juga spam.

    Apabila bisnes itu mempunyai verifikasi, maka FB sudah boleh menapis sebahagian daripada spammer.

    Dalam erti kata lain ini adalah salah satu proses bagi meningkatkan sekuriti.Kebaikkannya adalah untuk advertiser dan user juga.

    Baiklah sekarang kita terus kepada cara untuk melakukan domain verification.

  • 1. Log masuk ke Business Manager dan pilih Brand Safety
  • cara domain verification

    2. Klik Add untuk menambahkan domain

    tambah domain

    3. Masukkan domain tanpa https dan www. Terus kepada domain itu contoh wanyusof.com. Kemudian klik Add Domain

    domain wanyusof

    4. Ada 3 pilihan untuk melakukan verifikasi. Pilih meta-tag verification.

    meta tag verification

    5. Sekarang copy code yang diberikan dan kita akan masukkan ke website. Bagi tujuan memasukkan di website, saya gunakan plugin PixelYourSite. Sekiranya anda tidak menggunakan plugin ini, lihat cara alternatif di bawah.

    copy meta verification

    6. Pergi ke website, cari plugin PixelYourSite dan klik Head and Footer.

    masukkan tag

    7. Paste kod yang disalin (copy) tadi dan klik save.

    save domain verification

    8. Setelah itu, kembali ke Facebook Business Manager dan klik verify.

    verify fb domain verification

    9. Dan anda telah pun siap melakukan FB Domain Verification. Tahniah.

    fb domain verified

    Cara Alternatif Untuk Paste Kod Dari FB

    Selain dari PixelYourSite, anda boleh menggunakan beberapa alternatif lain. Kuncinya adalah untuk memasukkan kod tadi ke dalam Header.

    Jadi mana-mana plugin yang menawarkan fungsi ini boleh melakukan fungsi ini.

    Thrive Theme

    Pergi ke Thrive Dashboard > Analytics & Script > Kemudian masukkan kod tadi pada bahagian Before<head>

    verification guna Thrive

    HFCM

    Ke menu HFCM > Add New Snippet dan masukkan kod ke dalam Code Snippet.

    guna HFCM

    Macam mana?

    Proses ini straight forwad. Andai kata ada masalah boleh komen di bawah dan saya akan bantu.

  • FB Ads : The 2 Step System

    FB Ads : The 2 Step System

    “Saya sudah buat iklan di FB tapi sales masih sendu”

    “Cost per purchase saya makin mahal. Dah tak ada untung dah”

    “Iklan saya tak jadi. Klik banyak. Tapi hasilnya krik krik”

    Adakah anda pernah mengalami masalah di atas?

    Saya ingin kongsikan The 2 Step System.Satu sistem yang saya dan tim gunakan untuk klien-klien kami.

    Dan saya tunjukkan satu hasil daripada kempen yang kami jalankan.

    Disclaimer: Tujuan saya tunjukkan jualan ini adalah bukan untuk menunjuk. Sekadar untuk memberitahu yang kaedah ini terbukti berkesan.

    Apakah The 2 Step System

    Taktik ini merupakan teknik pengiklanan yang paling mudah dan ringkas.Namun hasilnya tetap berbaloi.

    Dalam taktik ini, kita membahagikan audien kepada dua kumpulan sahaja:

    COLD AUDIENCE WARM AUDIENCE
    Audience yang tidak pernah kenal produk atau brand kita Audience yang baru nampak iklan kita / engagers / video watchers

    Setelah membahagikan audience kepada dua kumpulan, kita cipta iklan yang khusus untuk mereka ini.

    Iklan Cold fokus pada mendapatkan KLIK.Iklan Warm fokus pada mendapatkan JUALAN.

    Funnel The 2 Step System

    Dalam funnel ini, anda perlukan:1. Iklan cold (Step 1)2. Landing page3. Iklan warm (Step 2)

    Iklan cold dicipta untuk menarik audience ke dalam landing page.Setelah audience masuk ke landing page, maka mereka akan nampak iklan warm itu.

    Dalam istilah lain, iklan warm adalah iklan retargeting.

    Bagaimana Buat Iklan Warm

    Untuk mencipta iklan warm, perkara pertama yang anda perlu ada adalah FB Pixels.

    Pastikan FB Pixels dimasukkan ke dalam website. Gunakan extension FB Pixels Helper (link) untuk melakukan semakan.

    Setelah itu pergi ke business manager Facebook, dan pilih menu Audience.

    Klik Create Audience dan pilih website. Masukkan link landing page itu.Sebagai contoh,

    LINK LANDING PAGE : www.wanyusof.com/the-2-step-systemMASUKKAN : /the-2-step-system

    Anda boleh pilih jumlah hari. Pemilihan jumlah hari ini bergantung kepada berapa lama funnel ini akan berjalan.

    “Apa yang terjadi kalau saya set jumlah hari = 14?”

    Facebook akan semak siapakah yang melawat landing page itu dalam masa 14 hari yang lalu. Kemudian Facebook kumpulkan mereka dalam satu kolam.

    Seterusnya iklan anda akan dipaparkan kepada kolam itu.

    Kenapa The 2 Step System Berhasil

    Teknik ini menunjukkan iklan yang betul kepada orang yang betul.

    Teknik ini juga menjimatkan kos kerana ianya mengasingkan cold dan warm. Tidak tembak semua orang serentak.

    Landing page anda memainkan peranan yang cukup penting.Landing page yang dibuat berfungsi sebagai FILTER + FIRST TOUCH.

    Filter bererti mereka yang berminat akan terus membaca landing page sampai ke hujung.

    Manakala First Touch bererti anda membuat penampilan pertama dalam minda pelawat. Secara analoginya, first touch ini cinta pandang pertama!

    Ada pelawat yang akan beli terus.Tapi majoriti akan keluar tanpa sebarang pembelian.

    Repetion is the mother of success

    anonymous

    Bagi mereka yang belum jatuh cinta pandang pertama, maka tugas ini diserahkan kepada iklan warm.

    Iklan warm kebiasaannya akan fokus kepada:1. Tawaran meleleh2. Halangan-halangan membeli (objection handling)3. Bonus

    Last Point Untuk Anda

    Pertama, sekarang masa untuk tindakan.Lakukan sekarang dan lihat keberkesanannya.

    Kedua, andai kata anda berminat untuk belajar The 2 Step System – Advanced Methood dengan lebih terperinci, saya ada tawaran istimewa.

    Pada ketika ini saya sedang mencari pemilik E-Commerce yang ingin belajar bagaimana membuat jualan menerusi website.

    Konsep pembelajaran adalah senang sahaja:1. Anda akan masuk ke dalam satu kumpulan rahsia.2. Setiap bulan saya akan share 1 video tutorial kes studi: Bagaimana Kempen Yang Kami Buat dan Hasilnya3. Anda boleh tanya sebarang soalan, dan saya akan jawab.

    Nama group ini adalah E-Commerce Mentoring

    “Bagaimana kalau saya tidak ada e-commerce?”

    Sekiranya proses pembelian produk anda berlaku menerusi website, maka anda boleh sertai.

    Namun sekiranya pembelian produk anda TIDAK melibatkan website, kumpulan ini tidak sesuai.

    E-Commerce Mentoring juga memerlukan mereka yang sudah tahu asas pengiklanan di FB seperti setup iklan, tanam pixels.

    Andai kata anda berminat, boleh terus pergi ke sini.

  • Bagaimana Melakukan Tagging Pada Iklan

    Bagaimana Melakukan Tagging Pada Iklan

    Salah satu elemen penting dalam pengiklanan adalah attribution.

    Ikut kamus, maksud attribution,

    the action of regarding something as being caused by a person or thing.

    Senang cerita begini.

    Kita buat iklan.

    • Iklan A
    • Iklan B
    • Iklan C
    • Iklan D

    Hasil daripada kesemua iklan ini dapat 40 jualan.

    Persoalannya, iklan manakah yang menyumbang kepada 40 jualan ini?

    Apabila kita tahu iklan mana yang berkesan, maka kita boleh jimatkan bajet pengiklanan.

    Ada banyak cara untuk melihat attribution ini.

    Satu cara yang mudah adalah menggunakan UTM Tagging.

    UTM tagging adalah seperti menampalkan pelekat pada setiap iklan itu.

    • Iklan A = pelekat A
    • Iklan B = pelekat B
    • Iklan C = pelekat C
    • Iklan D = pelekat D

    Hasilnya apabila jualan masuk, kita lihat pelekat mana yang masuk.

    Dari situ kita dapat sahkan iklan mana yang berkesan.

    Dalam contoh ini, saya dapat melihat iklan bertanda “Ads_2411_launching” mendapat klik paling tinggi berbanding iklan nombor 8 dan nombor 10.

    Data seterusnya yang kita mahukan adalah berapakah jumlah jualan yang dihasilkan daripada iklan “Ads_2411_launching” ini.

    Cuma yang itu kita tinggalkan dahulu.

    Saya kongsikan cara untuk menanda atau menggunakan fungsi tagging.

    1. Pergi ke halaman ini https://ga-dev-tools.appspot.com/campaign-url-builder/

    2. Masukkan alamat destinasi page pada kotak Website URL

    3. Pada kotak Campaign Source, masukkan kod yang membolehkan anda mengenal iklan itu.

    Kebiasaanya saya akan menggunakan struktur ini:

    JENIS MEDIUM_TARIKH_DESKRIPSI

    Contoh:

    fbads_1512_iklanpegangbuku

    Email_1412_tentangotak

    4. Setelah itu pergi ke kotak bawah dan copy link UTM

    “Kenapa tidak isi kotak Medium dan juga Name”

    Ianya adalah optional.
    Saya suka untuk keep it simple.

    Lagipun struktur tagging saya sebenarnya sudah mengikut format kotak-kotak itu.
    Cuma satu kotak.

    Andai kata saya ingin isikan kotak-kotak itu, maka ianya akan jadi begini:

    Adakah ini cara yang lebih tepat?

    Sebenarnya terpulang.

    Cuma sebagaimana saya beritahu tadi, saya pilih cara ini kerana ianya lebih senang untuk saya baca.

    Paling penting, anda laksanakan fungsi tagging ini dan lihat hasilnya

  • Iklan PPE vs Iklan Link Clicks: Mana Yang Lebih Berbaloi?

    Iklan PPE vs Iklan Link Clicks: Mana Yang Lebih Berbaloi?

    Kebiasaannya apabila kita membuat iklan Page Post Engagement (PPE), jumlah shares memang banyak.Cuma, adakah pengguna klik dan masuk link yang diletakkan di dalam PPE itu?Bagi menjawab persoalan ini, saya membuat eksperimen ringkas.Lihat perbandingan kesan antara Page Post Engagement(PPE) vs Link Clicks.Langkah pertama, saya tulis post di FB.Jadikan ianya sebagai status.Bagi memastikan link itu boleh dikesan, saya gunakan UTM Builder untuk menandakan link itu (tagging).

    UTM tagging

    Link di atas disalin dan diletakkan di FB.

    fb tagging

    Kemudian saya jadikan iklan ini sebagai iklan Page Post Engagement.

    Seterusnya buat satu lagi iklan.Kali ini objective-nya adalah Link Clicks.Copywriting dan audiencenya sama.

    Link ini juga ditandakan menerusi URL Builder.

    UTM Tagging 2

    Iklan dibiarkan berjalan beberapa hari.Kemudian saya lihat data di Google Analytics.

    Analytics 1

    Sebanyak 475 users masuk ke website menerusi link iklan PPE.Kemudian saya lihat pula jumlah klik yang masuk hasil daripada iklan Link Clicks.

    analytics 2

    Jumlah link clicks adalah sebanyak 228 klik.

    “Bagaimana dengan kos pula?”

    Jumlah Klik

    Kos

    Iklan PPE

    475

    RM 95.15

    Iklan Link Clicks

    228

    RM 28.96

    Seterusnya kita buat kira-kira mudah,kos per klik untuk iklan PPE = RM 0.20kos per klik untuk iklan Link Clicks = RM 0.13

    Kemudian lihat pula perbandingan conversion.

    Jumlah Klik

    Kos

    CONVERSIONS

    Iklan PPE

    475

    RM 95.15

    0

    Iklan Link Clicks

    228

    RM 28.96

    3

    Hasilnya didapati iklan Link Clicks menghasilkan 3 jualan berbanding iklan PPE.Maka iklan Link Clicks akan diteruskan.

    Data ini adalah daripada kempen sebenar yang dijalankan selama 10 hari.Cuma ianya bukan untuk Teknik SEO Sempoi.Saya gunakan page Teknik SEO Sempoi di atas adalah sebagai contoh bagi menunjukkan penggunaan URL Builder.

    Apa Tindakan Seterusnya?

    Poin utama dalam DMN#2 adalah untuk memberitahu betapa pentingnya melakukan tagging. Yakni menandakan iklan dengan betul. Supaya kita dapat lihat data yang betul.

    “Macam mana mahu track link wasap?”

    Boleh gunakan jom.chat. Atau gunakan kata kunci pada link wasap.my.

    Contohnya:wasap.my/60123456789/linkclicks (kod iklan link clicks)wasap.my/60123456789/ppe (kod iklan ppe)Boleh boleh?

  • 2 Kemahiran Menulis di FB Yang Mesti Dimiliki

    2 Kemahiran Menulis di FB Yang Mesti Dimiliki

    Apabila tulis di FB, kita perlu kuasai dua kemahiran, Yang pertama kita tulis pendek-pendek. Bukan sebab kita tak tahu. Namun sebab ramai baca FB guna smartfon. Skrin tak besar. Apabila mesej panjang sangat, audien tak suka. Biasakan diri dengan 5-10 ayat. Melainkan kita sudah ada peminat tegar.

    ayat pendek puan ainon

    Kemahiran kedua disebut sebagai naratif bertutur. Begini. Apabila jumpa kawan, kita buka cerita.

    “Eh kau tahu tak. Semalam masa aku pergi makan, jumpa Hashim. Dia kata aku makin kurus”

    Gaya kita cerita ini gaya bersahaja. Macam kita bercakap. Jadi orang suka baca.

    Apabila kita tulis gaya naratif bertutur, penerimaan audien lain. Audien rasa seolah-olah kita berada di tepi. Mereka seronok baca.

    Dalam naratif bertutur, kita pendekkan ayat. Kita tak guna ayat kompleks.

    Ayat kompleks:
    Naratif bertutur merupakan satu kaedah penyampaian yang memudahkan audien memahami penulisan kerana ditulis dalam gaya seolah-olah penulis sedang bercakap dengan audiens.
    (22 patah perkataan dalam satu ayat)

    naratif bertutur dato' roslan

    Cara Menulis Naratif Bertutur

    Pada mulanya kita tulis ayat penuh. Kemudian bayangkan ada kawan di sebelah. Apakah perkataan yang akan kita sebut. Ubah ayat penuh tadi.

    Lihat contoh ayat kompleks. Kita gunakan yang ini. Perhati. Apa yang perlu kita buang. Mahu jadikan ayat naratif bertutur.

    Caranya:
    1/ Putuskan ayat jadi pendek-pendek. Kenal pasti di mana kita boleh potong.
    2/ Sebolehnya buang imbuhan awalan seperti me-,mem-,ber-,.
    3/ Sasaran adalah 3-4 patah perkataan satu ayat.
    4/ Sebut ayat itu. Lihat adakah ini ayat pertuturan.

    Ayat kompleks:
    Naratif bertutur merupakan satu kaedah penyampaian yang memudahkan audien memahami penulisan kerana ditulis dalam gaya seolah-olah penulis sedang bercakap dengan audiens.
    (22 patah perkataan dalam satu ayat)

    Ayat naratif bertutur:
    Naratif bertutur ini satu kaedah. Audien rasa kita ada disebelah. Cakap sepatah-sepatah.

    Kesimpulan

    Dua kemahiran menulis di FB. Satu tulis untuk audien smartfon. Tulis pendek-pendek. Maksimum 5-10 ayat. Yang kedua dengan gaya naratif bertutur. Tulis seperti kawan itu ada di sebelah.

    Sebetulnya artikel ini pun ditulis guna kaedah ini. Lihat ayatnya pendek-pendek. Imbuhan awalan tak banyak.