Category: Ads

  • Iklan Tak Convert Bukan Sebab Facebook Jahat

    Ramai orang salahkan algorithm.
    Atau kata audience tak power.
    Atau bajet terlalu kecil. https://www.curioustopia.com

    Tapi saya nak tanya…

    Adakah offer anda worth clicking?

    Kalau anda sendiri nampak iklan tu,
    Adakah anda akan berhenti scroll?

    Kalau anda sendiri baca headline tu,
    Adakah anda akan rasa…
    “Ni aku punya masalah. Aku kena klik sekarang juga.”

    Kadang-kadang, bukan platform yang bermasalah.
    Tapi cara kita fikir tak betul.

    Kita fikir macam seorang pengiklan.

    Facebook hanya tunjuk.
    Tapi copywriting yang tarik.
    Dan offer anda yang jual.

    Itulah beza antara orang yang buat iklan…
    Dan media buyer sebenar.

  • Zac Hansen – Sell While You Sleep

    Zac Hansen – Sell While You Sleep

    Iklan ini mula muncul di newsfeed saya awal minggu ini.Nama “Zac Hansen” macam nama baru.

    Sekarang kita nak bedah 1 iklan Zac.

    zac hansen

    Iklan ini sudah mula sejak 9 Januari.Hari ini sudah 18 April.Maksudnya iklan ini sudah hampir 4 bulan bertahan.

    Jadi kita boleh katakan iklan ini sebagai winning ad.

    Bagi analisa copywriting, kita akan melihat kepada aspek-aspek berikut:

    • Struktur Copywriting
    • Hook
    • Headline
    • Creative

    Struktur Copywriting

    Strukturnya sangat simple.Zac gunakan:Offer > Benefit > CTA

    Hook

    Hook yang digunakan adalah offer.Dia letakkan harga $11.90…

    Ini memberi gambaran produk ini sangat murah dan no-brainer offer.

    Hook yang digunakan mempunyai kriteria berikut:Big ✅Easy ✅New ✅Safe ❌=3/4

    Headline

    Hanya menyebutkan “Sell While You Sleep”.

    Perkataan ini memberi gambaran mudah.

    Creative

    Pada saya kandungan video yang diberikan power.Dalam video ini, dia kongsikan informasi yang baru dan menarik.

    Selepas menonton video ini,rasa ingin belajar menjadi semakin tinggi.

    Ditambah dengan harga $11.90, kita rasa macam tak masuk akal. Murah sangat!

  • Cara Scaling Facebook Ads: Vertical, Horizontal & The Rocket Method

    Cara Scaling Facebook Ads: Vertical, Horizontal & The Rocket Method

    Macam mana nak spend besar? Kenapa bila anda naikkan bajet iklan, tiba-tiba iklan terus ke laut. ROAS menurun.

    Kali ini saya nak kongsi tentang SCALING.

    SCALING ertinya menggandakan.

    Ada scaling down. Ganda kecil atau semakin kecil.Ada scaling up. Ganda besar.

    Kita mulakan dengan perkara fundamental dahulu.

    Sebelum anda mulakan proses scaling, anda mesti dapatkan:1.Winning ad2.Winning audience

    Anda sudah boleh mulakan proses scaling kalau dapat salah satu.

    Kalau dapat kedua-duanya, itu yang terbaik.

    Scaling ada dua jenis iaitu vertical scaling dan horizontal scaling.

    Vertical Scaling

    Ini paling senang.

    Anda hanya naikkan bajet.

    Berapa nak naikkan bajet?FB sarankan untuk naikkan tidak lebih dari 20%.

    Kalau anda naikkan bajet lebih 20% dalam masa sehari,FB akan reset balik iklan itu kepada learning phase.

    learning phase fb ads

    Contohnya begini.

    Anda mulakan bajet iklan pada kadar RM100 sehari.Iklan memberikan respon positif.Esoknya anda naikkan maksimum 20% sahaja.

    Jadi RM120 sehari.

    Sekiranya anda naikkan kepada RM150 sehari,anda sudah lebih 20%.

    Iklan anda akan masuk learning phase kembali.

    FB akan cari audience baru kerana anda seolah-olah beri signal iklan itu tidak kena dengan audience asal yang FB beri.

    “Kalau begitu lambatlah saya nak scale up…terhad 20% sehari saja”

    Ya.

    Tapi ada beberapa pengecualian.

    Pengecualian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.Bukan daripada FB.

    Jadi test at your own risk.

    Situasi 1 : Audience Statik

    Kalau anda iklankan kepada audience yang saiznya tidak akan berubah sangat, anda boleh langgar peraturan 20% ini.

    Anda bayangkan audience anda berada dalam sebuah kolam.

    Apabila anda naikkan bajet iklan lebih 20%, anda tetap akan tembak audience anda.Sebab kesemua audience anda berada dalam kolam yang sama.

    Antara kolam yang anda boleh gunakan:

    1. Video Viewers2. Engagers3. Website Visitors4. Likers

    Situasi 2 : Tawaran Anda Super Dahsyat

    Kalau tawaran yang anda berikan memang tak boleh ditolak,maka anda juga boleh langgar peraturan ini.

    Katakanlah saya buat promosi iPhone 14.Harganya hanya RM299.

    Contoh Tawaran Super Dahsyat

    Contoh Tawaran Super Dahsyat

    Saya mula dengan bajet RM30 sehari.Respon luar biasa.

    Maka disebabkan saya sudah yakin dengan tawaran ini,esoknya saya terus naikkan bajet kepada RM1000 sehari.

    Sekarang kita tengok horizontal scaling.

    Horizontal Scaling

    Dalam vertical scaling, anda ubah bajet.Anda akan naikkan bajet untuk dapat lebih ramai audience.

    Untuk horizontal scaling, anda tambah audience.Bajet mungkin sama.

    Sebagai contoh…

    Untuk permulaan saya buat 5 ad set dalam 1 kempen.

    Setiap ad set ini berbeza interest.

    Ad set 1 = interest Cooking

    Ad set 2 = interest EducationAd set 3 = interest ParentingAd set 4 = interest DiapersAd set 5 = interest Toys

    Selepas iklan ini berjalan saya dapati interest Education dan Toys mendapat respon positif.Saya pun buat hipotesis, audience yang ada ciri-ciri ini ada potensi.Maka saya akan buat ad set baru menggunakan iklan yang sama, tapi interest berbeza.

    Contohnya…

    Ad set 6 = interest DisneyAd set 7 = interest Pixar

    “Berapa interest kena buat?”

    Bergantung kepada anda.Tak ada jumlah yang spesifik.

    “Kalau saya buat vertical scaling, adakah tak boleh buat horizontal scaling?”

    Dalam realiti, anda akan gunakan kedua-duanya.Bergantung kepada keadaan.Dan guru yang anda ikuti.

    Kunci asasnya tetap sama, dapatkan winning ads atau winning audience terlebih dahulu.

    Selagi mana anda tak jumpa salah satu ini,anda tak boleh scale up.

    “Macam mana Tuan punya strategi?”

    Ini saya cerita di bawah.

    Sekarang saya terangkan pasal SCALING DOWN dahulu.

    Scaling Down

    Apabila iklan anda sudah berjalan untuk satu tempoh masa, dan tiba-tiba prestasi iklan itu menurun, apa yang anda lakukan?

    Kebiasaannya ramai orang akan terus hentikan iklan itu.Buat iklan baru.

    Saya cadangkan untuk anda TIDAK terus hentikan iklan.

    Sebaliknya turunkan bajet melebihi 20%

    Kenapa pula?

    Sebelum itu, sekali lagi saya nyatakan,ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan tim sendiri.

    Sekarang ini, data iklan dari Apple datang lambat.Data ini ambil masa paling kurang 3 hari untuk dihantar kepada FB.

    Akibatnya proses buat keputusan sama ada iklan itu menjadi atau tidak boleh jadi tidak tepat KALAU anda hanya bergantung kepada laporan dari FB semata-mata.

    Paling senang, anda gunakan blended ROAS.

    Blended ROAS = Jumlah jualan keseluruhan di website / jumlah iklan

    Kembali kepada topik asal.

    Apabila anda turunkan bajet melebihi 20%,anda sedang beritahu FB audience itu sudah tidak menjadi.Maka FB akan carikan audience baru.

    Anda tidak tukar iklan kerana iklan itu sudah terbukti menjadi.(berdasarkan hasil hari sebelum itu)

    Dapat? Faham?

    Selepas anda turunkan bajet dan masih tidak ada perubahan,maka anda boleh tutup iklan tadi.

    Sekarang saya nak terangkan strategi yang saya gunakan sekarang.

    The Rocket Method

    Nama strategi ini The Rocket Method.Dalam strategi ini, saya akan dapatkan winning ads terlebih dahulu.

    Saya akan cuba beberapa copywriting dan creative.Bajet untuk fasa ini adalah RM30-RM50 per ad set per hari.Yang mana menghasilkan purchase lebih 10 dalam masa 3 hari,maka saya kira itu sebagai winning ad.

    Selepas itu saya akan buat satu kempen baru.Dalam kempen ini hanya ada satu ad set.

    Dan dalam ad set ini ada winning ad tadi.

    Bezanya…

    Bajet untuk ad set ini adalah antara RM1000-RM5000 sehari.

    Bajet iklan ini besar.Sebab itu saya panggil The Rocket Method.

    Apabila anda letakkan bajet besar,maka anda mesti monitor blended ROAS.Pastikan blended ROAS mengikut KPI yang anda tetapkan.

    Strategi Anda

    Macam mana anda buat scaling? Boleh kongsi  di ruangan komen?

    Kalau anda belum biasa dengan scaling, tak payah buat lagi The Rocket Method.Risikonya boleh tahan tinggi.Rewardnya pun boleh tahan juga.

    Untuk permulaan, fokus pada cari winning ads atau winning audience dulu.

    Selepas itu pilih nak scale up vertical atau horizontal atau kedua-duanya.

    Apabila sudah biasa, anda boleh meroket!

  • Strategi Targeting Facebook Ads: Pixel vs Pixeless

    Strategi Targeting Facebook Ads: Pixel vs Pixeless

    Ramai FB Ads player kata iklan sudah tak menjadi. Kos iklan meningkat naik. Salah satu punca iklan tak menjadi adalah kerana perubahan polisi iOS. Kesannya data tracking tidak tepat. Pixel tak berkesan.

    Jadi apa solusinya?

    Dalam perkongsian kali ini, saya akan terangkan dua strategi targeting di Facebook.

    1. Pixel2. Pixeless3. <P&P> (pilihan saya, bawah sekali)

    Pixel Targeting

    Untuk strategi pixel targeting, ini adalah sebagaimana yang kita biasa gunakan.

    Tanamkan pixel code, kemudian FB akan uruskan semuanya.

    fb pixel pre-iosKelebihan cara ini adalah ianya mudah.

    Namun kelemahan kaedah ini muncul apabila iOS-14 update.

    Disebabkan perubahan oleh polisi Apple, maka data dari pengguna iOS hanya akan dihantar kepada FB dalam masa 3 hari.

    Jadi anda mengalami data lag.

    Contohnya, Sudin beli produk anda. Sudin guna iphone.

    Data conversion Sudin tidak akan dihantar kepada FB pada hari yang sama.

    Iklan anda tidak menunjukkan conversion pada hari itu WALAUPUN sebenarnya ada conversion.

    Jadi proses buat keputusan sama ada iklan anda patut diteruskan atau tidak jadi kurang tepat.

    Ada penyelesaian?

    Gunakan strategi kedua.

    Pixeless Targeting

    Sebenarnya nama lain untuk strategi ini adalah in-app targeting.Nama glamour dia pixeless targeting.

    Kenapa pixeless?

    Pixeless bermaksud teknik ini tidak menggunakan pixel sebagai pusat utama pengumpulan data anda.Tak mahu bergantung kepada pixel.

    Sebaliknya teknik ini fokus kepada ekosistem Facebook.Prospek tidak keluar dari ekosistem Facebook.

    Apabila prospek tidak keluar dari ekosistem FB,maksudnya data yang anda dapat itu tepat.

    Walaupun prospek guna iOS.

    Contohnya begini…

    Anda buat kempen Video View.FB rekod siapa yang tengok video itu.

    Kemudian anda buat iklan kedua.Kali ini target mereka yang tengok video tadi.

    Iklan kedua ini pula instant experience.Sama dengan video view, FB rekod siapa yang tengok instant experience.

    Dari sini anda boleh buat iklan conversion menggunakan chat bot.

    chatbot flow

    Jadi secara teknikalnya, iklan anda semuanya berlaku dalam ekosistem FB.

    Tidak perlu melibatkan campur tangan pixel.

    Satu lagi contoh.

    Anda buat iklan lead generation.Iklan ini menggunakan FB form.Bukan landing page.

    Kemudian anda gunakan email marketing untuk jualan.

    email flow

    Idea utama dalam strategi Pixeless adalah mengurangkan sentuhan pixel sebanyak yang boleh.

    Supaya data yang anda perolehi lebih cepat dan tepat.

    Pixel & Pixeless Combo

    Saya cenderung untuk menggunakan gabungan kedua-duanya buat masa ini. Seboleh-bolehnya saya maksimumkan prospek dalam ekosistem FB.

    Kemudian bila prospek dikira sudah bersedia (HOT),baru saya bawa keluar dari ekosistem FB.

    Mereka akan buat pembelian di FB.

    Cara ini setakat ini masih lagi berfungsi dan boleh scale up.

    DON’T MISS OUT: Saya ada buat simple comparative study untuk iklan beberapa jenama popular di Malaysia. Cara copywriting dan creative mereka. Anda boleh baca di sini.

  • Cara Buat Iklan Wasap dan Iklan Sales di Facebook. Langkah Demi Langkah.

    Cara Buat Iklan Wasap dan Iklan Sales di Facebook. Langkah Demi Langkah.

    Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan cara buat iklan wasap dan iklan sales untuk FB Ads. Panduan ini langkah demi langkah. Anda hanya perlu ikut setiap langkah yang saya tunjukkan.

    Sebelum itu saya terangkan asas iklan di Facebook secara simple.

    Objective Campaign

    Apabila anda mahu cipta kempen baru, anda akan diberikan 6 pilihan:1. Awareness2. Traffic3. Engagement4. Leads5. App promotion6. Sales

    Setiap objektif mempunyai tujuan tersendiri. Objektif akan menentukan audien bagaimana yang Facebook akan cari.

    Kalau saya pilih objective sales, FB akan berikan saya audien yang berkemungkinan besar akan melakukan jualan.

    Manakala kalau saya pilih objective traffic, FB akan berikan audien yang berkemungkinan besar akan klik dan masuk ke website.

    Biasanya…

    Anda hanya akan menggunakan objective Traffic dan Sales sahaja.Jadi dalam tutorial ini, kita akan fokus pada 2 objectives ini saja.

    Objektif Traffic

    Traffic maksudnya leads. Tujuan utama kempen ini adalah mendapatkan prospek.

    Teori di sebalik ini kempen ini adalah:Banyak trafik >> Banyak leads >> Banyak sales

    Pada kempen ini anda boleh pilih sama ada trafik itu akan datang dari:1. Whatasapp2. Messenger3. Ads4. Lain-lain  Antalya escort

    1. Klik Create New Campaign dan pilih Objective Traffic.

    cara buat fb ads

    2. Berikan nama pada kempen anda.

    cara buat fb ads 2

    3. Di bahagian conversion location, pilih Whatsapp sekiranya anda ingin gunakan Whatsapp.

    cara buat fb ads 3

    4. Pilih page anda. Pastikan page yang dipilih sudah membuat pengesahan nombor whatsapp.

    cara buat fb ads 4

    6. Pilih optimize for conversation.

    optimize for conversation

    7. Masukkan bajet anda. Saya cadangkan untuk permulaan, letakkan bajet antara RM20-50 sehari.

    bajet iklan

    8. Di sini bahagian yang penting. Anda perlu beritahu FB siapa target anda. Pilih julat umur yang sesuai. Pada bahagian interest targeting, masukkan interest yang berkaitan.

    interest targeting

    9. Pilih placement atau tempat iklan anda akan muncul. Biasanya saya hanya pilih Facebook dan Instagram Feed/Stories sahaja. Selepas itu klik Next.

    placement

    10. Sekarang anda berada di Ads Level. Bahagian terakhir untuk ads. Skroll ke bawah dan pastikan anda pilih Manual Upload.

    ads manual upload

    11. Masukkan gambar atau video, copywriting untuk iklan. Kemudian klik PUBLISH.

    ads creative

    12. Selesai proses buat iklan traffic. Iklan anda akan disemak oleh Facebook terlebih dahulu. Selepas iklan lulus, iklan akan berjalan secara automatik.

    Objektif Conversion

    Ini adalah objektif kegemaran saya. Hampir 90% kempen yang saya buat di FB menggunakan objektif ini.

    Kelebihan objektif ini adalah FB akan carikan audien yang cenderung untuk membeli.

    Cara setup objektif ini lebih kurang sama dengan objektif traffic.Cuma bezanya destinasi conversion adalah website.

    1. Create New Campaign dan pilih objektif Sales

    objektif sales

    2. Berikan nama kempen anda dan klik Next.

    nama kempen sales

    3. Tandakan pada pilihan website dan pilih pixel anda.

    pilih pixel

    4. Kemudian pilih conversion event. Kebiasaannya saya akan pilih Purchase. Perbezaan event lain nanti saya terangkan kemudian.

    conversion event

    5. Di bahagian optimization, boleh pilih conversion.

    purchase optimization event

    7. Masukkan bajet anda. Saya cadangkan untuk permulaan, letakkan bajet antara RM20-50 sehari.

    bajet iklan

    8. Di sini bahagian yang penting. Anda perlu beritahu FB siapa target anda. Pilih julat umur yang sesuai. Pada bahagian interest targeting, masukkan interest yang berkaitan.

    interest targeting

    9. Di bahagian placement, pilih Manual Placements > Mobile > Facebook, Instagram dan tandakan pada Feed dan Stories sahaja. Kemudian klik Next.

    manual placements

    10. Sekarang anda berada di Ads Level. Bahagian terakhir untuk ads. Skroll ke bawah dan pastikan anda pilih Manual Upload.

    ads manual upload

    11. Masukkan gambar atau video, copywriting untuk iklan. Di bahagian Call To Action, anda boleh pilih Learn More atau Shop Now.

    sales setting

    12. Masukkan link website (sales page) anda dalam kotak Website URL dan Display Link. Kemudian klik PUBLISH.

    website url

    Next Chapter

    Sekarang anda sudah boleh buat iklan traffic dan iklan sales.Untuk bahagian seterusnya saya akan kongsi beberapa strategi iklan FB.

    Macam mana nak hasilkan iklan yang mendapat klik yang tinggi….Macam mana nak dapatkan ROAS yang tinggi…

  • Cara Buat TikTok Ads

    Cara Buat TikTok Ads

    Dalam panduan ini, saya akan terangkan cara buat TikTok ads langkah demi langkah. Siap ada rahsia untuk hasilkan iklan TikTok yang convert lagi. Anda sudah sedia?

    Panduan TikTok Ads ini saya bahagikan kepada tiga bahagian utama.Anda boleh skip terus ke bahagian yang anda mahu.

    Bahagian 1: Setting Asas TikTok Ads

    1. Pergi ke ads.tiktok.com dan klik Cipta Sekarang.

    2. Masukkan maklumat untuk pendaftaran dan klik daftar. TikTok suka kalau sekiranya anda mempunyai syarikat yang betul sama ada Enterprise atau Sdn Bhd.

    4. Masukkan email dan password. Anda boleh gunakan akaun TikTok yang sudah ada kalau anda mahu.

    5. Sekarang kita akan create pixel untuk mendapatkan tracking yang lebih tepat. Pergi Assets dan klik Events.

    6. Pilih Web Events dan klik Manage.

    6. Klik Set Up Web Events untuk memulakan proses installation.

    7. Berikan nama pixel dan pilih Connection Method. Saya menggunakan TikTok pixel.

    cara buat tiktok ads - isntal pixel

    8. Kalau anda menggunakan wordpress atau onpay, pilih Manually Install Pixel Code. Kalau anda menggunakan shopify, boleh pilih pilihan automatik.

    cara buat tiktok ads - set up event

    9. Kemudian pilih Event builder dan klik Next.

    cara buat tiktok ads - event builder

    10. Ini langkah penting. Salin (copy) code ini. Tinggalkan tab TikTok ini sekejap. Buka tab baru dan  buka website wordpress anda. 

    tiktok ads - copy pixel code 2

    11. Anda perlu memasukkan kod tadi ke ruang header di website. Sekiranya anda tidak tahu macam mana nak masukkan kod ini, gunakan plugin. Saya gunakan plugin PixelYourSite. 

    pixelyoursite

    12. Masukkan kod tadi di ruangan Any Device Type dan klik save. Selepas itu kembali ke TikTok Ads Manager.

    pixelyoursite - tiktok ads

    12. Skroll down ke bawah dan klik Enable Automatic Advanced Matching. Kemudian klik next.

    advanced matching tiktok

    13. Pilih Enter URL Keywords.

    url keywords tiktok

    14. Sekarang anda kena masukkan kata kunci URL yang membolehkan TikTok kesan apa yang berlaku di website anda. Contohnya untuk event Add To Cart, TikTok dapat kesan event ini berlaku apabila ada perkataan “checkout”.

    event add to cart

    15. Untuk event purchase, kata kuncinya adalah “order-received”.

    order-received

    16. Kata kunci “checkout” dan “order-received” adalah default setting untuk pengguna WooCommerce. Kalau anda tak pasti website anda macam mana, senang saja. Cuba lakukan test purchase di website anda dan salin URL dari checkout hingga ke purchase.

    checkout url

    17. Klik menu Campaign dan pilih Create

    create campaign

    18. Kemudian pilih Custom Mode

    custom mode tiktok

    19. Anda akan paparan mirip Facebook Ads. Pilih objektif anda. Saya menggunakan website conversion.

    website conversion

    20. Beri nama kempen anda. Kemudian klik continue.

    naming campaign

    21. Berikan nama Ad Group. Pilih pixel tadi dan pilih event optimization. Saya menggunakan Complete Payment. Kalau anda baru pertama kali guna pixel ini, boleh juga gunakan Add To Cart.

    first section tiktok ads

    22. Untuk placement, pastikan anda pilih TikTok sahaja.

    tiktok placement

    23. Kalau anda mempunyai banyak video dan mahu TikTok tentukan video mana yang kena dengan selera audience, tandakan option ini.Recommended: Tandakan option ini. Biarkan TikTok optimized dahulu.

    automated creative optimization

    24. Untuk target demografi, anda juga ada 2 pilihan. Sama ada anda tentukan sendiri atau TikTok cari.

    demographic targeting

    25. Masukkan budget anda. Saya biasanya akan mulakan dengan budget awal antara RM30-50/day.

    budget

    26. Di bahagian ini anda ada beberapa pilihan. Biasanya antara conversion dan value. Tapi kalau anda baru mula, biasanya hanya pilihan conversion yang aktif.

    conversion

    27. Upload atau pilih video iklan anda. Kemudian masukkan copywriting simple.

    ad creative

    28. Masukkan URL landing page website anda dan pastikan pixel yang betul dipilih. Kemudian klik submit. Done!

    url page

    Bahagian 2: TikTok Ads Optimization

    Sekarang kita masuk ke bahagian taktikal.Macam mana nak rancang strategi iklan untuk TikTok.

    Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan hasil yang saya perolehi.Result mungkin berbeza.

    InsyaAllah saya akan tambah input-input baru dalam panduan ini.Kalau anda ada penemuan menarik, boleh kongsikan di ruang komen di bawah.

    Broad vs Automatic Targeting

    demographic targeting

    Anda ada dua pilihan untuk targeting. Sama ada custom atau atumatic.

    Untuk permulaan, saya akan create dua ad set.

    Ad set 1 = Automatic TargetingAd set 2 = Custom Targeting

    broad vs automatic targeting

    Untuk custom, saya akan buat se-broad yang boleh.Biasanya hanya pilih julat umur atau jantina.

    Iklan dalam kedua-dua ad set ini adalah sama.Kemudian biarkan iklan jalan dan lihat kempen mana yang lebih berkesan.

    Ada ketikanya automatic lebih perform.Dan ada masanya broad lebih perform.

    Automated Creative Optimization

    Kalau anda ada video yang banyak, adakah anda patut biarkan TikTok optimize atau anda mahu optimize sendiri?

    Anda boleh test kedua-duanya.

    Caranya buat dua kempen.(katakanlah anda ada 5 video iklan)

    Kempen pertama, ada 5 ad set.Dalam setiap ad set ada video berbeza.Audience adalah sama.

    format 1

    Untuk kempen kedua,kesemua video tadi dikumpulkan dalam satu ad set sahaja.

    format 2

    Kemudian tandakan Automated Creative Optimization.

    automated creative optimization

    Anda biarkan kedua-dua kempen itu berjalan.Satu nota penting.Untuk kempen pertama, budget anda adalah RM20 untuk setiap ad set.Ini bermakna akan habiskan RM100/day.Untuk kempen kedua pula, bajet anda adalah RM100.Jadi secara keseluruhan anda akan habiskan RM200/day.Sekiranya anda belum mempunyai bajet yang cukup untuk iklan,anda boleh lakukan ujian ini di kemudian hari.

    Berdasarkan hasil iklan yang saya jalankan, saya dapati Automated Creative Optimization adalah lebih bagus.

    Kemudian selepas dapat tahu video yang paling convert,saya akan scale up hanya menggunakan iklan yang paling convert.

    flow tiktok ads

    Bahagian 3: Cara Guna TikTok Creative Centre

    Ini nama hype sikit…hehe.

    Sama macam FB Ads Library, anda boleh juga lihat iklan orang lain.Tapi yang lebih menarik tentang TikTok adalah datanya lebih tersusun.

    Anda dapat tengok iklan-iklan yang perform based on objectives!

    Pergi ke TikTok Creative Centre.

    Skroll down ke bawah. Cari bahagian ads. Kemudian klik view more.

    tiktok ads creative centre

    Di sini ada banyak pilihan untuk anda buat carian.Biasanya saya akan pilih Objective = Conversion, Duration = Last 30days.

    filter tiktok

    Kalau anda ingin go deep lagi, klik saja pada iklan yang anda ingin tahu.TikTok berikan macam-macam data untuk anda.

    data tiktok ads

    Kalau anda masih clueless nak belajar apa dari video pengiklan lain,gunakan cheat code ini.

    Quick Ads Study

    1. 1Apa hook yang digunakan
    2. 2Berapa lama durasi keseluruhan video
    3. 3Berapa klip yang digunakan
    4. 4Berapa kerap setiap klip bertukar
    5. 5Adakah video ada subtitle
    6. 6Apa jenis muzik yang digunakan
    7. 7Adakah video ada voiceover
    8. 8Apakah format video? native? studio? slideshow?
    9. 9Apa tawaran istimewa yang diberikan

    Bahagian 4: TikTok Copywriting Hacks

    Berbeza dengan FB Ads, kekuatan utama TikTok Ads terletak kepada video anda.Kalau video tak menarik atau tak kena dengan audience, tak menjadi.

    Pun begitu, copywriting boleh jadi pemangkin (booster) kepada klik.Ini adalah senarai perkataan copywriting yang berpotensi membantu kadar klik iklan anda.

    Kebanyakkan ayat copywriting iklan TikTok fokus pada tawaran.

    • COD
    • Barang sampai baru bayar
    • Free shipping
    • Diskaun X%
    • Jimat RM X
    • Buy 1 get one/two/three…

    Bahagian 5: Nota TikTok Ads

    Adakah TikTok Ads lebih bagus dari FB Ads?Jawapan saya, gunakan kedua-dua channel ini selagi mana anda dapat buat duit.Jangan tinggal channel yang sudah pasti dapat buat duit hanya kerana terpesona dengan result orang lain.

    Lagi satu, jangan dengar sangat cakap-cakap orang macam, “tiktok ni untuk orang muda je”.

    Anggap cakap-cakap sebegini SALAH melainkan dibuktikan betul.

    Test sendiri. Buat iklan dan lihat hasilnya.Kos iklan anda yang tentukan.Takkanlah tak boleh nak allocate bajet sikit untuk testing.

    Hmm…kalau anda tak cukup bajet untuk testing, maksudnya jualan anda belum cukup bagus.

    Jadi kalau macam itu baiki kemahiran membina tawaran yang menarik.

    Saya akan tambah konten di post ini dari masa ke masa.Kalau anda ada cadangan atau soalan,boleh komen dibawah.