folder Filed in SEO
Strategi Internal Linking dan External Linking
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 2 Comments access_time 2 min read

Salah satu faktor yang cukup signifikan dalam penentuan ranking website adalah LINK. Dalam bahasa melayunya dipanggil pautan. Saya akan mengekalkan istilah ‘Link’ untuk memudahkan pemahaman.

Link terbahagi kepada dua kategori iaitu Internal Link dan External Link. Internal linking adalah link yang dicipta oleh kita atau link yang terdapat dalam website kita. Manakala external linking pula merujuk kepada link yang diluar website kita.

External Link
Secara mudahnya, link adalah sepert buah mulut(word of mouth). Jika sesuatu produk itu berkualiti maka pasti ramai orang yang akan memperkatakan produk itu. Demikian juga jika sebaliknya.

external link diagram

Link memunyai gred yang tersendiri. Kualiti link ditentukan oleh Autoriti dan Kredibiliti. Link yang berkualiti dikira sebagai buah mulut yang positif. Sebagai contoh, jika artikel anda dikeluarkan oleh Berita Harian, maka link itu dikira berkualiti kerana website Berita Harian adalah website yang berautoriti dan berkredibiliti dalam industri penulisan.

Jadi jika website anda mendapat ‘referral link’ dari Berita Harian, ranking website anda akan naik. Tetapi jika link itu datang dari website NtahApaApaNtah, link itu dikira lemah dan tidak berkualiti jadi kesannya tidak seberapa. Lebih malang lagi jika link anda datang daripada website spam, maka anda ada potensi untuk dikenakan penalti.

Antara strategi untuk menaikkan ranking website menerusi External Link adalah dengan cara menjadi penulis jemputan di website yang terkenal Dan kemudian diletakkan link website anda dalam biodata penulis. Juga jika anda ditemuduga oleh mana-mana media, pastikan anda pesan kepada mereka untuk mempamerkan link website anda.

Internal Link
Pada umumnya, nilai Internal Link dikira lemah berbanding External Link. Ini kerana Internal Link adalah sesuatu yang boleh kita cipta. Apa yang anda perlu tahu adalah cara mengoptimumkan Internal Link.

Setiap page dalam website anda mempunyai satu kredit. Apabila anda melakukan Internal Link dengan memberikan link kepada page C, maka kredit page itu akan dipindahkan kepada page C.

Internal Linking Diagram

Contohnya, sekarang ini saya membuat Internal Link ke tajuk 4 Teknik SEO Terpenting dan Terbaru. Maka page saya sekarang ini kehilangan satu kredit. Kredit page ini dipindahkan kepada page 4 Teknik SEO Terpenting dan Terbaru.

Perkara ini penting untuk Google menilai page manakah dalam website anda yang paling bernilai. Jika page itu mempunyai banyak kredit maka page itu dianggap paling bernilai. Jadi, strategi terbaik membina Interal Link adalah anda perlu merancang apakah page yang paling bernilai dan memberikan kredit kepada page berkenaan.

Sebagai kesimpulan, strategi link dalam SEO boleh dibahagikan kepada strategi Internal Link dan External Link. External link banyak bergantung kepada kekuatan jaringan perhubungan(network) dan kualiti artikel kita. Manakala Internal Link memerlukan kita merancang awal sebelum mencipta website.

external link internal link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment