Nota Content Marketing Percuma »

Corong Konten “Content Marketing Funnels”

corong bocor

Apabila menghadiri kursus bisnes, kita biasa dengar istilah ‘funnel’. Corong.

Corong itu mengecil dari atas ke bawah. Jumlahnya berkurangan. Mereka yang sampai ke hujung disebut sebagai pelanggan.

lego konten

kredit gambar: http://www.spyontech.com/wp-content/uploads/2012/06/legodigitaldesigner_17.jpg

Website kita boleh membentuk corong itu. Dinding corong itu adalah konten kita. Bayangkan setiap konten adalah cebisan lego. Lego-lego dikumpul dan disusun. Lalu website kita menjadi satu corong yang dindingnya adalah konten.

Corong konten adalah corong yang kebal. Apabila orang masuk ke corong ini, susah dia mahu keluar. Cuma corong ini ada masalah. Corong ini banyak lubang-lubang. Kesannya mereka yang masuk corong ini akan lari keluar ikut lubang-lubang yang ada.

leaky funnel

kredit: http://designbull.co.uk

MENGAPA MEREKA LARI KELUAR

Sedikit pelik. Mereka masuk corong konten. Kemudian mereka lari keluar. Sebetulnya tak pelik. Kita masuk website. Baca apa yang ada. Kemudian kita lari keluar. Ini maksudnya kita lari keluar ikut lubang yang ada. Corong itu tembus.

Saya berikan contoh. Kita ada website. Website menjual satu produk kursus Teknik SEO Sempoi. Pengunjung lawat website. Dia baca segala macam cerita SEO. Dia mahu sertai Teknik SEO Sempoi. Tiba-tiba dia ternampak, “Teknik ini khas untuk pemilik bisnes online yang ada website sahaja”.

Dia tak ada website sendiri. Jadi dia lari keluar.

Masuk website > Mahu beli > Info tak cukup > Batalkan niat

Sekarang bayangkan begini. Situasi yang sama. Pengunjung masuk website Teknik SEO Sempoi. Dia sudah mahu beli. Dia nampak “Teknik ini khas untuk pemilik bisnes online yang ada website sahaja”.

Lalu dia baca lagi. Dalam fikiran dia berkata “Kalau tak ada website boleh ke amal teknik ini”.

Tiba-tiba dia terjumpa satu artikel dalam website. Artikel bertajuk “Anda Masih Boleh Amal Teknik Ini Walaupun Anda Tak Ada Website”. Dia terus klik. Dia baca artikel itu. Artikel itu menjawab persoalan misteri dalam hati dia. Dia klik “BELI SEKARANG.

Masuk website > Mahu beli > Info cukup > BELI

CORONG YANG BOCOR

Dalam corong konten, ada banyak kebocoran. Setiap kebocoran itu adalah informasi dan halangan yang dihadapi oleh bakal pembeli. Bagi mengatasi kebocoran itu, kita perlu tampal dengan lego konten.

" Kita mencipta konten yang menjawab persoalan bakal pelanggan. Satu persatu. Hingga sudah tidak ada persoalan yang terbuku "

Kita mencipta konten yang menjawab persoalan bakal pelanggan. Satu persatu. Hingga sudah tidak ada persoalan yang terbuku. Begini corong konten kita sempurna. Kadar mereka yang membeli produk kita bertambah-tambah. Corong konten ini digelar corong emas.

content marketing training in malaysia

(p/s: Kuasai cara yang betul membina Corong Konten? Klik gambar ini)

TEKNIK KESAN KEBOCORAN CORONG

Ada dua pendekatan yang boleh diguna pakai. Pendekatan pertama, teknik jalan terus. Dalam teknik ini, kita bina saja konten. Kemudian kita buat analisa. Apakah konten yang diminati dan dicari oleh bakal pelanggan. Dari situ kita perkemaskan corong konten ini.

Secara mudahnya dalam teknik ini, kita jangkakan corong memang akan bocor. Jadi di peringkat awal kita cepat-cepat kesan kebocoran. Supaya tak berlanjutan. Baharulah tak rugi.

Kelebihan teknik pertama ianya cepat terlaksana. Namun belum tentu ada hasilnya.

Teknik kedua dikenali sebagai teknik cermat. Dalam teknik ini, kita buat kajian dahulu. Kenal pasti apa yang bakal pelanggan mahu. Dari situ, kita mula bina konten yang betul. Satu persatu. Hingga lengkap dan padu.

Teknik kedua lebih selamat dan berkesan. Ini kelebihan utamanya. Cuma teknik ini ambil masa. Proses kajian boleh jadi berpanjangan. Kesannya ramai terkubur di tengah jalan.

KESIMPULAN

Bina corong konten. Dorong pengunjung bagi mengikuti corong itu. Langkah demi langkah. Usah gopoh gapah. Makin kerap kita praktis bina corong konten, makin cepat kita melakukannya. Macam orang sering pergi gim. Makin hari, makin berketul ototnya.

Bagi membina corong konten, pilih Teknik Jalan Terus atau Teknik Cermat. Keduanya betul. Bergantung kepada keselesaan. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Andai berminat mahu mendalami lagi topik Content Marketing, saya ada buat online Coaching sepanjang tahun. Bayar sekali, manfaatnya berkali-kali. Nama program ini Online Coaching dan Nota Premium Content Marketing. InsyaAllah berbaloi-baloi bagi yang menguasainya.​

Click here to add a comment

Leave a comment: