Dalam pemasaran realiti tidak menentukan jualan. Sebaliknya persepsi yang mainkan peranan.
Dua produk boleh sama, tapi cara pelanggan melihat boleh jadi berbeza.
Persepsi terbentuk jauh sebelum logik berfungsi. Satu warna, satu ayat, satu nada suara. Semuanya membentuk gambaran tentang “siapa” jenama itu.
Orang jarang menilai kebenaran. Mereka menilai rasa benar.(Ulang baca)
Itulah sebabnya kerja seorang marketer. Bukan sekadar jual produk, tapi membentuk persepsi yang membuatkan pelanggan percaya produk yang mereka beli itu adalah pilihan mereka sendiri.
Persuasion bukan sihir. Bukan sekadar berkata-kata dan semua orang terus setuju.
Persuasion… seperti masak Maggi.
Jika air tak cukup panas, maggi keras ketung. Jika perasa tidak dimasukkan, rasa tawar. Jika tak dikacau, semua bahan tak sebati.
Begitu juga dengan persuasion.
Jika bercakap tanpa menyentuh emosi, mesej jadi hambar. Jika tergesa-gesa mendesak, hati manusia jadi keras. Jika hubungan tidak dibina perlahan-lahan, kepercayaan tidak tersemai.
Untuk persuasion yang berkesan, ada tiga bahan penting.
Pertama, emosi. Manusia bergerak kerana rasa. Bukan semata-mata kerana logik. Cerita perlu buat orang terasa sesuatu.
Kedua, timing. Seperti air yang mesti mendidih sebelum Maggi sempurna kembang. Manusia hanya bersedia menerima bila waktunya tepat.
Ketiga, trust. Kepercayaan tidak terbina dalam sehari. Ia perlukan sentuhan perlahan, konsisten, dan sabar. Sama seperti mengacau Maggi sehingga sebati.
Bukan memaksa. Bukan mendesak.
Membina. Menyemai. Membajai.
Sedikit demi sedikit. Sampai akhirnya, pintu hati terbuka sendiri.
Itulah seni persuasion.
Ia bukan kerja terburu-buru. Ia adalah kerja membina jiwa.