Digital Marketing Strategist Malaysia

I think in frameworks. I tell in stories.

(dari 2006 — still learning, still building.)

Bagaimana Mencipta URL Mesra SEO | Digital Marketing Strategist Malaysia

URL bermaksud Uniform Resource Locator. Ada yang menggelarkan URL sebagai alamat website (domain). URL sebetulnya lebih umum. Ianya adalah alamat kepada semua perkara yang wujud di dalam Internet. Untuk tujuan kefahaman artikel ini, kita mengehadkan URL sebagai alamat website atau page website.

Terdapat beberapa kategori cara URL ditulis. Cara ini akan menentukan sama ada URL itu mesra SEO atau tidak. Walaupun URL bukanlah pemberat yang besar, tetapi ianya tetap menyumbang kepada kedudukan website kita. Jadi dicadangkan untuk ktia menghasilkan URL yang mesra SEO.

Jenis-jenis URL

Sekiranya kita menggunakan wordpress, pergi ke Settings > Permalinks. Di sini kita akan dipaparkan jenis-jenis URL yang boleh digunakan:

Plain: http://www.wanyusof.com/?p=123
Day and name: http://www.wanyusof.com/2016/03/30/sample-post/
Month and name: http://www.wanyusof.com/2016/03/sample-post/
Numeric: http://www.wanyusof.com/archives/123
Post name: http://www.wanyusof.com/sample-post/
Custom Structure: http://www.wanyusof.com

Antara jenis URL berikut, yang manakah yang dikatakan mesra SEO?

Bagaimana Robot Google Membaca

Dalam artikel apa itu Sitemap, saya ada menulis artikel khas untuk menerangkan bagaimana robot Google melihat dan membaca website kita. Daripada artikel ini, kita jelas bahawa robot Google tidak suka membaca nombor. Tetapi robot Google gemar membaca sesuatu yang berstruktur dan mudah difahami.

Atas sebab itu, ramai pakar SEO di Malaysia atau di dunia menyarankan kita untuk memilih URL jenis Post name sebagai pilihan utama. Selain daripada menjadikan struktur URL itu nampak cantik dan kemas, ianya juga membantu robot Google untuk memahami maksud URL tersebut.

Selain itu, digalakkan juga untuk kita memasukkan kata kunci pada URL berkenaan. Sebagai contoh:

Kata kunci: kedai kopi malaysia
URL: www.restoran.com/kedai-kopi-malaysia