folder Filed in SEO
Siapakah Pakar Google Malaysia?
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 2 Comments access_time 2 min read

Search Engine Optimization adalah satu industri yang cukup kompetitif. Malah permintaan terhadap SEO di Malaysia semakin meningkat. Syarikat-syarikat di luar negara kebiasaannya akan memberi peruntukan khusus untuk melantik konsultan SEO sebagai perunding website mereka.
Syarikat-syarikat ini jelas dan sedar akan kepentingan SEO kepada masa depan syarikat mereka. Apabila kita melakukan carian ‘Pakar Google Malaysia’, kita akan dipaparkan dengan hasil carian yang perlbagai. Persoalannya, bagaimanakah menilai siapakah Pakar Google di Malaysia ini?

Apakah itu Pakar SEO?

Pakar merujuk kepada mereka yang berautoriti. Pakar bedah memberikan makna seseorang itu mahir dan berautoriti dalam pembedahan. Pakar SEO atau Pakar Google juga merujuk kepada perkara yang sama iaitu individu ini seorang yang mahir dan tahu selok belok SEO.
Sebetulnya tidak ada ujian atau penilaian khas yang dikeluarkan oleh Google untuk menentukan siapakah pakar SEO di Malaysia. Cuma kita boleh menilai kepakaran SEO seseorang itu berdasarkan hasil kerja yang dilakukan untuk projek-projek yang lalu. Sebagai contoh, katakanlah seorang pakar Google memberitahu bahawa dia berjaya mendapatkan kedudukan no.1 untuk kata kunci ‘sabun mandi’, maka kita boleh menyemak pernyataan itu dengan membuat carian di Google.

Kriteria Pakar Google Malaysia

Proses konsultansi servis SEO di Malaysia atau di mana-mana sahaja akan melibatkan 3 peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat analisa. Di peringkat ini, perbincangan akan diadakan bersama klien untuk melihat dan membuat tanda aras. Seterusnya proses ini akan memasuki fasa implementasi. Di peringkat ini pakar SEO akan memaklumkan garis masa untuk melihat kesan yang dilakukan. Peringkat terakhir adalah pemantauan keputusan sebagaimana yang dipersetujui di awal perbincangan.
Jadi seandainya kita ingin mendapatkan khidmat servis SEO, pastikan pakar SEO yang dihubungi itu menjelaskan dengan teliti tiga fasa ini. Dan untuk makluman, terdapat juga syarikat yang berhenti di peringkat pertama sahaja. Ini kerana mereka mempunyai pekerja yang mampu melaksanakan cadangan penambah baikkan SEO sebagaimana yang diberitahu oleh konsultan. Sekiranya ini berlaku, kos konsultan SEO dapat dikurangkan.

Harga Servis SEO di Malaysia

Jawapan kepada soalan ini adalah subjektif. Sebagaimana dalam kes pakar Google Malaysia, harga servis SEO juga tidak ditetapkan oleh Google. Jadi kita akan melihat variasi harga servis SEO ini. Ada konsultan SEO yang mengenakan caj mengikut jam bekerja. Ada pula konsultan SEO yang mengenakan caj berdasarkan jumlah projek. Untuk itu, pastikan kita jelas tentang hal pembayaran sebelum kita membuat keputusan mendapatkan servis SEO ini.

seo service rate
sumber: atym.com dan Moz

Kesimpulan

Pakar Google di Malaysia ramai. Cuma dalam pemilihan, pastikan kita melihat kepada hasil projek terdahulu dan mengetahui apakah rangka pelan yang dirancang. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan kita ditipu oleh konsultan SEO palsu.

pakar google malaysia servis seo malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. Saya tiada buat bisnes apape cuma saya ada masalah Google photo tak back up semua gambar yang ada dalam phone lama. How I can recover all photos and videos from old phone to new phone?

  2. Macam mana untuk dapatkan semula backup Whatsapp yang dah overwrite di google drive?