folder Filed in Fundamental
4 Eksperimen Dilakukan Menguji ‘Cerita’, Ini Hasilnya
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 2 Comments access_time 1 min read

“Apakah yang patut aku tulis di Facebook?”, kawan bertanya.

“Apa yang kamu mahu tulis?”, saya soal kembali.

Kawan pandang. Dahinya berkerut. Dia angkat tangan.

“Dik, air ini manis sangat. Boleh minta air suam segelas”.

Kawan sambung, “Begini aku nak tulis cerita pesakit. Nak ambil pengajaran daripada kisah kehidupan. Ramai orang susah”.

Saya angguk. “Teruskan”.

Cerita ini ilmu berbaloi-baloi untuk diterokai. Cerita adalah matawang manusia. Apabila dua manusia bertemu, kita bertukar cerita.

Dalam kelas, ramai lena apabila dibentangkan fakta. Fakta tak ada nilai emosi. Tak menusuk masuk dalam hati. Lalu audien berlalu pergi. Ke alam mimpi!

Adun fakta bersama cerita. Begini audien sukar lari dari kita. Audien terperangkap. Cerita bagaikan gam. Pegang erat.

Penangan cerita bukan calang-calang. Saya selalu tanya kawan-kawan. “Namakan aku penceramah yang hebat tanpa cerita”. Mereka berfikir. Nampak macam ada jawapan. Namun tak jumpa. Penceramah yang diminati kaya dengan cerita. Ada saja cerita yang mahu dikongsi bersama.

Ada 3 kajian pernah dilakukan bagi menilai kesan cerita terhadap padangan manusia. Hasilnya mengejutkan. Ada saya catatkan kesimpulan di bawah.

Sekarang kita lihat eksperimen ini.

LATAR BELAKANG EKSPERIMEN

Eksperimen melibatkan 3000 peserta secara online. Berusia antara 23-65 tahun. Peserta diseimbangkan dari sudut umur, jantina dan tempat tinggal di U.S.

EKSPERIMEN 1
Pecah kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan kumpulan B.

Tugasan setiap kumpulan adalah lihat paparan di skrin. Pilih bilik hotel yang berkenan. Dan letakkan anggaran harga.

DI SEBALIK TABIR
Desain paparan bilik hotel dipecahkan kepada dua. Satu paparan akan ditunjukkan pada kumpulan A. Satu lagi kepada kumpulan B.

Paparan mereka berbeza. Satu paparan menunjukkan maklumat bilik hotel itu. Saiz, kemudahan, kelengkapan. (macam kebiasaan website tempahan hotel)

Manakala satu paparan lagi memaparkan CERITA PELANGGAN yang pernah tinggal di bilik itu.

Dapatan dikumpul. Diperhati. Dikaji.

Kumpulan yang lihat paparan bilik hotel yang biasa berikan nilai bilik ini USD 126.

Kumpulan yang lihat paparan bilik hotel + CERITA pelanggan berikan nilai bilik USD 133.

EKSPERIMEN 2
Kali ini peserta ditunjukkan dua lukisan. Pada lukisan pertama ada tajuk lukisan, nama pelukis dan tahun penghasilan.

Pada lukisan kedua ada gambar pelukis itu. Ditambah CERITA tentang pelukis itu.

Peserta yang melihat lukisan pertama tanpa cerita menilai harga lukisan itu sebanyak USD 99.53.

Peserta yang melihat lukisan + CERITA meletakkan nilai 11% lebih tinggi iaitu USD 109.98.

EKSPERIMEN 3
Kali ini sedikit berbebeza. Kumpulan A ditunjukkan satu 4 helai muka surat. Kesemua helaian itu ada gambar produk dan huraian rasa produk. Kemudian mereka diminta pilih produk kegemaran.

Kumpulan B juga dibekalkan dengan 4 helaian produk. Cuma ada satu helaian yang berbeza. Helaian itu memaparkan CERITA pembuatan produk. Bukan huraian rasa produk.

Kumpulan B didapati lebih cenderung memilih produk yang ada CERITA.

Dan mereka sanggup bayar 6% lebih daripada harga sebenar.

fungsi cerita

sumber: http://www.adweek.com/brand-marketing/infographic-how-storytelling-helping-brands-sell-more-products-175524/

content marketing training in malaysia

(p/s: Mahukah Tuan kuasai strategi mencipta konten yang orang baca? Klik gambar ini)

Apakah Cerita Produk Kita?

Hasil eksperimen mendapati CERITA meningkatkan nilai produk. Baru-baru ini kita dengar cerita. AirAsia mewujudkan satu jawatan baru. Storyteller. Mencipta cerita bagi AirAsia.

Jadi apakah cerita produk kita. Apakah yang orang kata tentang servis kita. Cerita tak perlu banyak. Satu cerita boleh dipandang dari pelbagai sudut.Ambil kisah satu perkara.

JANGAN buat-buat cerita. Menipu itu berdosa.Selamat bercerita.

content marketing storytelling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. kalau nak cerita rekaan..

    buat pengakuan awal-awal..

    biar minda pembaca tahu antara kisah benar dengan kisah rekaan,,

    itulah kejujuran yang sebenarnya