folder Filed in SEO
10 Pesanan Tuan Amir Denaihati Kepada Blogger
By Wan Yusof Wan Jeffery comment One Comment access_time 1 min read

Saya menonton video pesanan Tuan Amir Denaihati. Otai blogger Malaysia. Ucapannya padat dan sarat. Blog Denaihati.com ini bukan calang-calang blog. Namanya masyhur serata Malaysia.

Blog ini menerima banyak anugerah. Antarany MSMW Best blog of the year 2012, MSMW Most Creative blog 2013, MyNic Best Personal blog 2013 dan MSMW Best micro blog 2014. Dalam video 14 minit, saya mencatat 10 poin penting.

Poin 1: Mula dan Jalan Terus

Tuan Amir cerita. Blog denaihati ini asalnya tulisan seorang diri. Namun berkembang. Kini sudah jadi syarikat.

Poin 2: Kredibiliti

Hasil dari blog yang konsisten, denaihati jadi perhatian. Orang nampak hasilnya. Blog jadi blog yang ada autoriti. Kesannya syarikat besar ambil perhati. Antaranya Pharmania dan Toshiba. Ini baru sebut dua. Andai Tuan Amir beritahu semua, boleh pengsan kita. Hehe.

Poin 3: Autoriti

Sambungan poin dua. Apabila ada kepercayaan, maka makin ramai beri perhatian. Tuan Amir pernah dipanggil oleh MDEC. MDEC cerita strategi kerajaan Malaysia bagi meraikan ekonomi digital. Peluang sebegini tak semua dapat.

Poin 4: Fokus

Ramai blogger mula dengan menulis blog. Kemudian blog jadi terkenal. Lalu banyak tawaran menarik datang. Semuanya datang bersama ganjaran lumayan. Kesannya blog mula bersawang. Tak dipedulikan. Blog ini akar. Apabila mati akar, matilah daun dan buahnya.

Poin 5: 21 JUTA!!!

Rakyat Malaysia ada sekitar 30 juta orang. Daripada jumlah ini, 21 juta hidup di dunia digital. Mereka cari informasi. Cari informasi di mana? GOOGLE! Justeru blogger yang menguasai teknik muncul di Google akan mendapat faedah yang berbaloi-baloi.

(p/s: Ada sesuatu mahu diberitahu. Saya ada buat perkongsian. Bagaimana jadikan website mesra Google. Khas bagi pemilik blog baru. Langkah demi langkah. Klik gambar saya di bawah. Nanti kita cerita)
in line banner seo

Poin 6: Mindset

Ada blogger miliki website bagus. Ada pengunjung yang konsisten. Hasilnya boleh buat review produk. Caj yang dikenakan pada pelanggan sekitar RM100 sahaja. Tuan Amir sebut, “Blogger boleh jadi jutawan”. Blogger yang bijak bahkan boleh ambil kontrak dengan syarikat tertentu. Cajnya boleh cecah RM100,000 setahun.

Poin 7: Jaringan

Apabila blogger memandang remeh potensi blog, maka blogger ini silap. Dia nampak blog sebagai sumber pendapatan kedua, ketiga saja. Sedangkan blog boleh pergi lebih daripada itu. Wujudkan jaringan perhubungan antara blog. Hasilnya blog lebih ke depan dan makin cepat membesar. Tuan Amir Denaihati ambil contoh Denaihati sendiri. Ada Denaihati Network. Ada juga program Elite Blogger. Sama-sama dapat pendapatan. Bukan makan seorang.

Poin 8: Persepsi

Apabila ditanya kerja apa, kita jawab ‘blogger’. Ada yang beri pandangan sinis. Mereka beranggapan blogger = orang yang tabur fitnah. Ini blogger nakal. Memang ada. Cuma dalam banyak-banyak blogger, berapa keratkah yang nakal? Fokus pada kebaikan. Sebarkan.

Poin 9: Pengkalan Data

Perkara penting dalam dunia blog. Ambil data. Dapatkan data pelanggan. Boleh jadi email. Boleh jadi nombor telefon. Boleh jadi semuanya. Simpan. Ini kunci kejayaan.

Poin 10: Perubahan

Dunia digital ini dunia dahsyat. Perubahannya cukup sekejap. Sesuatu perkara boleh jadi viral sekelip mata. Dan dilupakan begitu saja. Tuan Amir Denaihati memberi pesan. Ambil peka pada perubahan. Andai dibiarkan, kita tertinggal di belakang. Pesanan Tuan Amir Denaihati cukup sarat dan bermanfaat. Ianya kombinasi pengetahuan, pengalaman dan amalan. Bagi yang baru bermula, teruskan melangkah. Semai benih sekarang, buahnya petik kemudian.

KESIMPULAN

Pesanan Tuan Amir Denaihati cukup sarat dan bermanfaat. Ianya kombinasi pengetahuan, pengalaman dan amalan. Bagi yang baru bermula, teruskan melangkah. Semai benih sekarang, buahnya petik kemudian.

amir denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. saya menonton video ucapan tuan Haji Amir pengasas sampai habis…

    semangat naik balik…

    in shaa Allah ubah mindset dan letakkan diri pada tempat yang lebih tinggi.