folder Filed in Ideas
The Cobra Effect
Masalah yang tak selesai sampai sudah
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 1 min read

Kejadian berlaku di India.

Pada waktu itu terdapat banyak ular tedung berbisa.
Ular tedung ini menyebabkan banyak kematian.

Maka British membuat satu tawaran.
Barangsiapa yang dapat menangkap ular tedung berbisa dan bawa kepada pegawai British, maka orang itu akan dapat hadiah.

Lalu orang mula berebut-rebut menangkap ular tedung.
Jumlah ular tedung mula berkurangan. Pegawai British senyum.
Mission accomplished!

Cuma…

Kejayaan itu tidak lama. Jumlah ular tedung mula meningkat.
Dan jumlah penangkap ular tedung juga semakin ramai.

Andaian British,
Ular banyak –> Penangkap banyak –> Ular sedikit

Tapi yang terjadi adalah sebaliknya.

Apabila disiasat, mereka dapati ular tedung ini sudah jadi satu perniagaan.
Mereka pelihara ular tedung kemudian jual.
Pembeli ular ini kemudian bawa pergi kepada British untuk menuntut hadiah.

Ini adalah masalah yang berlaku apabila kita sekadar menyelesaikan masalah pada peringkat permukaan (surface).

Tidak turun kepada real root cause. Fenomena ini dikenali sebagai THE COBRA EFFECT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment