folder Filed in SEO
4 Teknik On-Page SEO Terpenting
By Wan Yusof Wan Jeffery comment One Comment access_time 3 min read

SEO boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu On-Page SEO dan Off-Page SEO. Kedua-dua kategori ini perlu dioptimumkan untuk mendapat ranking yang terbaik. On-Page SEO adalah teknik yang dilakukan oleh pengendali website atau dalam erti kata lain ‘Do-It-Yourself’. Manakala Off-Page SEO pula adalah rekomendasi daripada orang lain.

Dalam tulisan kali ini, saya ingin berkongsi 4 Teknik On-Page SEO yang terbaru dan terpenting. Teknik-teknik mesti dilaksanakan jika anda inginkan website anda jadi no.1 di Google. Keempat-empat teknik ini sangat mudah tetapi sangat berkesan dalam mempengaruhi ranking website.

1. Title Tag
Title tag adalah tajuk ataupun Headline anda. Ianya bukan sahaja sangat penting dalam mempengaruhi kadar klik, tetapi sangat diambil kira dalam penentuan ranking SEO. Title tag anda mestilah mempunyai kata kunci yang ingin dinaikkan rankingnya. Harus diingat, jangan buat ‘keyword stuffing’.

title tag

‘Keyword stuffing’ adalah proses menyumbat sebanyak mungkin keyword dalam satu ayat. Contohnya,

keyword: satay kajang, murah, cepat, pantas, selangor (5 keywords)
Title tag: Satay Kajang Murah, Cepat, Pantas di Selangor

Kaedah ‘keyword stuffing’ bukan praktis SEO yang bagus. Lebih malang lagi, anda mungkin akan dikenakan penalti oleh Google.

2. URL

good and bad url
Gambar di atas menunjukkan contoh kesan URL. URL adalah macam alamat rumah anda. Jika alamat rumah anda dipenuhi dengan nombor, maka sangat susah untuk memahami atau menghafalnya. Demikian juga dengan URL website.

URL website sebenarnya berfungsi menunjukkan hierarki website anda. Sebagai contoh:

http://wanyusof.com/marketing/offline-marketing

URL ini jelas menunjukkan bahawa offline-marketing merupakan sub-page kepada tajuk marketing. URL sebegini sangat berguna terutamanya jika blog anda mempunyai banyak lapisan kategori. Elakkan mempunyai URL seperti:

htp://wanyusof.com/29/1/2/45677899

Cara untuk mengubah URL ada dalam Settings > Permalinks (bagi pengguna wordpress)

change permalinks
Settings > Permalinks

3. Content
Dalam Bahasa Melayunya disebut kandungan. Saya mengekalkan istilah content supaya senang anda membuat rujukan lanjut. Mohon kemaafan dan keizinan jurubahasa =)

Content yang berkualiti akan meningkatkan reputasi anda di mata Google sekaligus menaikkan ranking website anda. Google mempunyai formula tersendiri dalam menentukan sama ada artikel anda itu berkualiti atau tidak. Antara teknologi yang digunakan adalah Latent Semantic Index yang akan saya kongsikan nanti.

JANGAN sesekali menggunakan kaedah Copy-Paste kerana ini sangat merbahaya. Jika ditangkap Google, maka website anda akan dikenakan penalti serta merta. Saya percaya majoriti pemilik website tidak akan buat Copy-Paste Content, mereka akan ubah suai sikit. Cuma masalah ini akan timbul bilamana anda mengupah orang ketiga sebagai pencipta Content. Dan disebabkan malas berusaha, maka orang ini menggunakan kaedah Copy-Paste. Antara servis yang boleh digunakan untuk menyemak originaliti Content adalah http://siteliner.com

siteliner.com

4. Image ALT text

contoh add image ALT
Contoh mencipta image ALT

Ramai yang tidak tahu Image juga perlu di-SEO-kan. Dan teknik SEO untuk imej senang dan jelas. Apa yang penting adalah cara penamaan imej dan deskripsi ALT. Apabila anda memuat naik imej ke dalam website, berikan nama yang relevan. Jangan buat keyword stuffing.

Demikian 4 teknik On-Page SEO yang mudah tapi sangat berkesan dalam menaikkan ranking website anda. Jika anda masih kurang jelas anda boleh komen di bawah.

Atau jika anda ingin mendalami lebih lanjut berkenaan teknik On-Page dan Off-Page SEO, saya ada terangkan dengan lebih terperinci dalam Teknik SEO Sempoi. Anda boleh dapatkannya menerusi halaman http://teknikseosempoi.com.

off-page on-page seo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment