folder Filed in Ideas
Rahsia Untuk Berjaya
catatan perkongsian dari otai hartanah
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 1 min read

Baru-baru ini kami mendengar perkongsian dari Tuan Azham Zamiri.
Otai hartanah yang cukup masyhur namanya.

Tuan Azham berkongsi kisah bagaimana dia bermula.

Dia diasah oleh ayah untuk mula terlibat dalam bisnes sejak dari kecil.
Pada waktu itu, ayah beliau beri tugasan untuk membuat kerek telaga.

Jiwa beliau memberontak. Maklumlah masih kecil.

Tapi dia tetap patuh pada arahan ayahnya.

Sewaktu cuti semester di universiti pun ayah beliau panggil pulang.
Bantu ayah di kampung.

Apabila Haji Azham ingat kembali, dia bersyukur sangat dengan arahan ayahnya.

Kalaulah ayahnya tidak melatih dia suatu ketika dahulu, dia tidak tahu adakah dia akan menjadi seperti dirinya hari ini.

Haji Azham beritahu untuk berjaya pertama kita harus ada mentor.
Kemudian ada connection.

Mentor dan connection akan bantu kita capai apa yang kita mahu berganda-ganda cepat.

Seterusnya buat kerja sungguh-sungguh. Jangan berhenti sekerat jalan.
Gunung itu indah di puncaknya.
Namun jalan menuju puncak tidak semudah yang disangka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment