folder Filed in Fundamental, Ideas
Kisah Kegagalan BlackBerry
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 3 Comments access_time 2 min read

Ada seorang budak genius, Mike Lizaridis.
Bakatnya dikesan sedari kecil.
Masuk sekolah menengah namanya makin terkenal.

Dia berjaya cipta panel solar dan menang anugerah kerana membaca semua buku sains dalam perpustakaan sekolah.

Meningkat dewasa dia mula berfikir untuk mencipta inovasi pada telefon.

Waktu itu telefon pintar yang paling canggih adalah telefon pintar yang ada stylus.

Masalah telefon itu, prosesnya sangat perlahan.

Nak download email? Lama sangat.

Mike buat beberapa hipotesis.

What if people could hold the device their hands…
What if people could type in with their thumbs instead of their fingers…
What if people could send messages wirelessly…
What if people could synchronize all emails in one inbox…

Hasilnya terciptalah BlackBerry.

BlackBerry muncul sebagai telefon pintar yang sangat hebat.

BlackBerry menjadi pilihan ramai businessman dan profesional.

Telefon pintar ini senang digunakan. Ada keyboard.

Paling penting, messages dari BlackBerry ke BlackBerry adalah percuma.
(waktu itu whatsapp belum ada)

Kemudian tahun 2007, iPhone pertama dilancarkan.

Mike lihat pelancaran iPhone dan dia kata, “They have put a Mac in this thing”

Walaupun sambutan iPhone luar biasa, Mike mempunyai pandangan berbeza.
Dia percaya bahawa pengguna tidak mahu komputer dalam telefon. Bateri akan cepat habis.
Sedangkan pengguna hanya mahu hantar mesej dan email sahaja dari telefon.

Engineer BlackBerry memberikan amaran pada Mike.

Tetapi Mike tak peduli.

Dia tetap percaya BlackBerry  akan terus mendapat tempat.

Mike percaya  pengguna tidak selesa taip pada skrin yang flat.
Pengguna nak rasa sentuhan keyboard.

Akhirnya BlackBerry makin malap dari pandangan.

Apakah yang membezakan MIke di awal penemuan BlackBerry berbanding Mike selepas BlackBerry di puncak.

“Re-thinking”

Adam Grant dalam bukunya Think Again beritahu, di awalnya Mike berfikir sebagai seorang saintis.

Mike mencipta bermacam-macam hipotesis dan mencuba hipotesis yang dilakukan.
Pada ketika dia sudah di puncak, Mike sudah tidak menerima pandangan atau hipotesis lain.

Dia percaya apa yang dia percaya.

Dia sudah tidak mahu Re-think.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment