Hubungi Servis SEO Malaysia

Wan Yusof Wan Jeffery mula melibatkan diri dalam dunia Internet seawal tahun 2003. Pada waktu itu fokusnya adalah kepada pembinaan website. Beliau kemudiannya terlibat sebagai salah seorang co-founder iluvislam.com pada tahun 2006. Portfolio beliau pada waktu itu adalah sebagai Web Developer.

Seterusnya beliau meneruskan pengajian mendalami pemasaran Internet secara umum. Tahun 2014 menyaksikan Wan Yusof mendapat pengiktirafan sebagai Certified Advanced Search Engine Marketer daripada Asia Search Engine Academy. Kepakaran Wan Yusof adalah dalam menaikkan ranking website atau lebih dikenali sebagai Search Engine Optimzation.

Wan Yusof terus melebarkan kepakaran beliau dalam industri SEO dengan mendalami bidang Web Analytics. Hasilnya beliau telah mendapat latihan khas dari Google dan disahkan sebagai Certified Google Analytics Fundamental.

Sejak daripada itu, Wan Yusof aktif mengendalikan latihan untuk melatih pemilik bisnes menaikkan ranking website mereka di Google. Klien yang menerima latihan SEO datang dari pelbagai latar belakang. Selain itu, beliau juga telah mengumpulkan teknik SEO terbaik yang disatukan menjadi Teknik SEO Sempoi. Teknik ini dikongsikan beliau secara online.

Mengorak langkah ke hadapan, Wan Yusof juga memberikan khidmat konsultansi SEO dan servis SEO di Malaysia. Klien beliau terdiri daripada syarikat-syarikat korporat, institusi kerajaan, organisasi dan syarikat persendirian.

Seandainya anda ingin menghubungi beliau sama ada untuk latihan atau konsultansi, isikan borang di bawah. Beliau akan menghubungi anda secepat yang boleh. Beliau juga boleh dihubungi menerusi Facebook =)

[contact-form-7 id=”4″ title=”Contact form 1″]


certification landscape


Previous page Next page