logo ahli wanyusof

Nama saya Wan Yusof Wan Jeffery.
Merupakan seorang pengamal Content Mastery (SEO + Content Marketing + Social Media Marketing).

Kerja saya adalah membantu pemilik bisnes online merancang strategi membangunkan bisnes online menerusi konten.

sedang berkongsi

Dalam satu program Content Mastery di Planet Bisnes Shah Alam

Pada tahun 2016 saya melakukan satu eksperimen. Saya mahu lihat Betapa Berkesannya Konten Kepada Pemilik Bisnes.

Nota: Sebelum ini saya tidak pernah muncul di khalayak. Tiada siapa yang kenal kecuali kawan-kawan. Jadi saya bermula dari kosong.

Saya mahu dikenali sebagai seorang pengamal SEO. Satu hashtag dicipta. Namanya #teknikseosempoi.

Pada ketika itu, jumlah friends di Facebook sekitar 2000 orang. Tiada follower. Apabila post status, dapat 10 likes pun sudah kita hebat.

Mac 2016, saya mulakan eksperimen.
Saya gunakan Teknik Tulang Ikan.
Teknik ini teknik yang senang digunakan dan sangat berkesan.

aplikasi-teknik-tulang-ikan

Dalam teknik ini, kita wujudkan 30 tulang.
Satu tulang mewakili satu hari.
30 tulang = 30 hari.

Pada setiap hari, tuliskan tema post yang ingin dihasilkan.

Kemudian mulakan proses post.
Setiap hari saya hasilkan 4-10 post. Tema yang sama.
Andai tema apa itu seo, maka semua post hari itu berkaitan apa itu seo.

Kemudian mulakan proses post.
Setiap hari saya hasilkan 4-10 post. Tema yang sama.
Andai tema apa itu seo, maka semua post hari itu berkaitan apa itu seo.

Pada mulanya tiada siapa ambil peduli. Rasa macam putus harapan. Namun tetap teruskan.

Akhirnya hasil mula kelihatan. Friends bertambah.
Dari 2000 orang kepada 5000 orang.
Jumlah likes dan share mula bertambah.

Malah pada satu hari, salah satu post #teknikseosempoi saya mendapat 71 shares.

Dari situ saya mula perasan. Orang sudah mula ambil perhatian.

Dulu mereka tak kisah, sekarang sudah kisah.
Dulu mereka tak baca, sekarang sudah ada yang minat gila.

Lebih menarik, saya mula menerima PM.
Ada yang minta nasihat.
Ada yang minta maklum balas.
Ada yang mula tanya tentang kursus.

Dalam hati saya berkata, "Alhamdulillah, menjadi".

Adakah Teknik Ini Menjadi Untuk Orang Lain?

Ini persoalan yang bermain di fikiran. Adakah teknik yang saya amalkan ini replicable.

Lalu saya ajarkan teknik-teknik ini kepada beberapa rakan. Saya mulakan dengan Teknik Tulang Ikan.

teknik tulang ikan

Antara mesej yang saya terima dari mereka yang mengamalkan Teknik Tulang Ikan.

Hari demi hari, makin ramai dapat maklum balas positif.
Bahkan saya sendiri mula menuai hasil.

Teknik CP Untuk Pemasaran Blog

Seterusnya saya gunakan Teknik CP. Ini teknik memasarkan blog kepada orang umum.

Sebetulnya Teknik CP bukan perkara baru. Saya sudah gunakan teknik ini di blog-blog lain yang saya miliki. Ataupun di blog klien.

Teknik CP digabungkan dengan Teknik SEO Sempoi.
Tujuannya supaya blog wanyusof.com senang muncul di Google.

MajalahLabur.com menyenaraikan nama saya.

Alhamdulillah Teknik CP dan Teknik SEO Sempoi menjadi.

Saya mula menerima jumlah pelawat yang konsisten ke blog.
Pelawat masuk. Baca. Dan mula komen.

Perkara ini berterusan.
Saya terus aktif di Facebook.
Saya juga terus aktif menulis post terbaru di blog.

Sehinggalah satu hari...(klik butang di bawah untuk sambungan)