Bisnes Online Tools

Soalan: Apakah Bisnes Online Tools yang Tuan gunakan?

Saya seringkali ditanya soalan begini.
Sekarang saya dedahkan kesemuanya.

Tools ibarat senjata.
Tools yang betul hasilnya berbaloi-baloi.

Salah pilih tools, kesannya pula adalah sebaliknya.

Sepanjang berkecimpung dalam Internet Marketing,
saya telah cuba bermacam-macam bisnes online tools untuk blogging.

Ada yang mengarut.
Ada yang berbaloi.
Dalam ruangan ini saya kongsikan senarai bisnes online tools yang berbaloi digunakan.
Terutamanya dari sudut SEO.

bisnes online tools

HOSTING

serverfreak

ServerFreak

Ini adalah web-hosting pilihan. Server-nya boleh tahan laju.
Ada pakej khas untuk pengguna wordpress.
Kelebihan ServerFreak adalah sistem sokongannya yang sangat pantas.
Hantarlah pertanyaan jam berapa pun, pasti ada yang akan jawab.​


Ipserverone_logo_my

IPServerOne

Mula guna sedari tahun 2006. Sehingga sekarang.
Sistem sokongannya sangat responsif.
Pakejnya lebih sesuai untuk SME berbanding blogger yang baru mahu bermula.
Sistem admin sangat intuitif dan mudah digunakan.

WEBSITE

wordpress-logo

Wordpress

WordPress merupakan satu platform.
Ada wordpress.com dan wordpress.org.
Saya cadangkan wordpress versi self-hosted (wordpress.org).
Apabila anda mendapatkan pakej dari ServerFreak atau IpserverOne,
proses installation boleh dilakukan dengan hanya satu klik sahaja.

THEME

thrivethemes

Thrive Themes

Dulu saya ingat theme = baju website (imej sahaja).
Sebenarnya lebih daripada itu. Theme yang bagus berikan impak luar biasa.
Theme yang bagus beri kesan terhadap pengalaman pengguna.

Sepanjang mengguna pakai theme, Thrive Themes adalah yang terbaik.
Terutamanya bagi beginner dan intermediate user (macam saya).
Thrive Themes menawarkan pakej all in one. Semua ada.
Dan ianya sentiasa ditambah baik setiap masa. Berbaloi-baloi


studiopress

Genesis

Dari sudut SEO, ini adalah framework theme yang terbaik.
Ianya paling cermat dan kemas dari sudut coding.
Dari framework ini, banyak theme yang dihasilkan.
Apabila mendapatkan Genesis, anda diberikan banyak theme lain yang dibina menggunakan framework ini.
Namun theme ini memerlukan kemahiran customization. (tutorial disediakan)
Tidak ada one-click import demo button seperti kebanyakan theme lain.

PLUGINS



wp-super-cache-plugin

WP Super Cache

Fungsi plugin ini adalah melajukan website.
Plugin ini senang digunakan. Hanya ikuti recommended options.
Kemudian biarkan saja.
Plugin ini akan melakukan kerjanya sendiri.


thrivethemes

Thrive Content Builder

Page ini dibina menggunakan Thrive Content Builder.
Ianya sangat fleksibel dan mudah digunakan. Drag and drop.
TCB didatangkan bersama dengan Thrive Themes.
Sejak menggunakan TCB, saya terus jatuh hati sehingga ke hari ini.


sumo-logo copy

Sumo (dulu dikenali sebagai SumoMe)

Sumo merupakan plugin yang merangkumi banyak tools didalamnya.
Boleh dikatakan agak sempurna. Lebih-lebih lagi apabila ianya diberikan percuma.
Saya sangat syorkan plugin ini bagi website yang baru bermula.
Konfigurasinya sangat senang dan straight-forward.
Tools sumo yang biasa digunakan popup, scroll mat dan heat map.


google xml

Google XML

Plugin ini digunakan untuk mencipta Sitemap jenis XML.
Sitemap ini ibarat peta pada Google.
Plugin ini disarankan sekiranya anda tidak mahu guna Yoast ataupun Aio (rujuk di bawah SEO).
Hanya aktifkan dan biarkan.


EMAIL SERVICES

aweber

Aweber

Ini adalah servis email utama saya.
Simple. Cuma desain-nya sedikit lama. Old school.
Ada fungsi broadcast dan automation.
Harganya dalam kategori sederhana.


web impian

Aplikasi Niaga

Aplikasi Niaga merupakan produk dari Web Impian.
Ianya menawarkan pelbagai servis.
Saya gunakan Newsletter Aplikasi Niaga untuk email blast tempatan yang banyak.
Kerana kosnya yang sangat menjimatkan.

IMAGE EDITING

adobe creative cloud

Adobe Photoshop

Ini adalah editing tools yang saya gunakan dari dulu lagi.
Bezanya sekarang langgan Adobe Creative Cloud.
Kelebihan Adobe Cloud, kosnya murah dan ada template menarik.


get stencil

Get Stencil

Apabila mahu cepat, saya gunakan GetStencil.
GetStencil adalah koleksi-koleksi template grafik yang boleh tahan kualitinya.
Ianya telah digunakan 750,000 pengguna.
Kelebihan utama GetStencil: mudah, website pantas dan senang digunakan.


stock unlimited

Premium Stock Photos

Ada banyak stock photos di dunia online.
Saya pilih Stock Unlimited kerana harganya yang murah.
Dan kualitinya boleh tahan.
Andai anda mahu dapatkan SU, cuba search gambar yang mahu dicari dahulu.
Lihat kualiti dan jumlah carian. Puas hati, baru subscribe.


stock unlimited

FREE Stock Photos

Ada 11 website utama yang menjadi pilihan.
Saya tulis satu post khas berkaitan ini.
Boleh baca di sini.

SEO

kwfinder

Keyword Finder by Mangools

Bagi tujuan kata kunci, saya gunakan tools ini.
Ianya lebih mudah digunakan berbanding Google Keyword Planner.
Dan datanya lebih presentable dan lengkap.
Selain daripada cadangan kata kunci, tools ini ada menunjukkan persaingan dan kata kunci LSI.
Harganya agak berpatutan dan mampu milik berbanding tools yang lain.


yoast logo

Yoast SEO

Yoast merupakan plugin SEO yang paling banyak digunakan.
Ianya meliputi page SEO dan teknikal SEO.
Ada dua pakej: premium dan percuma. Pakej percuma sudah memadai.
Plugin ini lebih terperinci berbanding All in One SEO.
Saya cadangkan anda miliki ebook ini bagi membantu setting Yoast.


all-in-one-seo-pack-plugin

All in One SEO

Plugin ini senang digunakan. Bagi yang baru bermula dalam SEO, ini plugin pilihan.
Kelebihan plugin ini adalah ianya sudah merangkumi kesemua fungsi Google.
Boleh disambungkan dengan Google Analytics, Webmaster dalam satu plugin saja.
Saya masih gunakan plugin ini dibeberapa website.
Bagi setting All in One SEO, dapatkan ebook ini sebagai panduan.


google analytics

Google Analytics

Satu servis dari Google secara percuma.
Berfungsi merekod segala aktiviti yang berlaku di website.
Ibarat CCTV versi digital.
Data yang diperoleh boleh digunakan untuk menambah baik website.
Cara-cara mengaktifkan Google Analytics ada banyak. Juga boleh didapati di ebook ini.


google search console

Google Search Console

Juga dari Google. Ini pula ibarat messenger antara website kita dengan Google.
Apabila ada sebarang isu, Google beritahu guna saluran ini.
Tools ini juga digunakan untuk beritahu Google update terbaru website.
Dalam ebook Actionable SEO, saya tunjukkan langkah demi langkah bagaimana beritahu Google.
Selain itu, tools ini digunakan untuk melihat carian yang sering dilakukan oleh pengguna di website kita.