folder Filed in SEO
Ber'PM' Dengan Google Search Console
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 1 min read

Google Search Console adalah satu platform penting. Google beri platform ini percuma. Banyak kegunaannya. Platform ini macam email antara kita dan Google. Andai website kita ada masalah, Google akan hubungi ikut saluran ini.

Di platform ini juga kita boleh beritahu Google supaya datang ke website. Apabila robot Google datang ke website, peluang naik ke kedudukan atas bertambah tinggi.

Langkah pertama untuk guna platform ini adalah cipta satu akaun Gmail. Kemudian masuk ke halaman ini http://google.com/webmasters. Log masuk guna akaun tadi.

Seterusnya kita perlu sambungkan website dengan platform ini. Ikuti langkah berikut.

1. Klik Add New Property.

add new property

2. Masukkan alamat website dan klik Add.

add website dalam google search console

3. Pilih tab Alternate Methods.

4. Pilih HTML Tag. Salin (copy) kod html tag itu. Buka website anda.

salin html tag

5. Lihat menu sebelah kiri. Cari All in One SEO dan klik General Settings. (Pastikan website anda sudah dimasukkan plugin All-in-One SEO.)

all in one seo

6. Turun ke bawah dan cari tab Webmaster Verfication. Letakkan kod yang disalin tadi. Kemudian turun ke bawah dan klik Update Options.

webmaster verification

7. Masuk balik ke Google Search Console dan klik Verify. Apabila berjaya anda akan dapat notifikasi seperti ini.

berjaya add new site dalam google search console

Cara HTML tag adalah kaedah yang senang dipraktikkan. Google memberikan beberapa alternatif lain. Boleh cuba. Matlamatnya adalah menghubungkan Google dan website kita.

google search console

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment