Tulis iklan Facebook bukan senang. Idea dah habis. Hook dah recycle. Ayat macam takde jiwa. Nak hire copywriter? Mahal. Masa tak banyak. Kepala pun serabut.
Nasib baik ada AI.
Tapi…AI bukan magic.
AI ni macam intern. Kalau tak pandai bagi arahan, dia bagi kerja cincai.
Tapi kalau anda tahu cara beri input yang betul, AI boleh jadi mesin copywriting paling efisien.
Kali ini, saya nak kongsi cara guna AI untuk tulis iklan Facebook yang buat orang berhenti scroll.
Bukan teori. Bukan general info. Tapi prompt sebenar, struktur iklan dan cara tweak output AI sampai jadi iklan power.
Kenapa Guna AI Untuk Copywriting Facebook Ads?
1. Jimat Masa
Tak payah termenung sejam tunggu ilham turun.
2. Elak Blank Page aka Copywriter’s Block
AI boleh tolong mula. Anda refine kemudian.
3. Banyak Versi Sekali Gus
Nak buat split test? AI boleh bagi 5-10 variasi dalam masa 1 minit.
Struktur Iklan Facebook Yang Proven
Sebelum suruh AI tulis ayat power, anda kena tahu struktur asas iklan.
Ataupun setengah orang panggil framework.
By the way, kalau anda nak go deep on Copywriting Frameworks, saya ada ajar di sini.
Untuk kali ini, kita akan guna framework:
Hook – Pain – Solution – Testimoni (optional) – CTA

Contoh Prompt AI Untuk Facebook Ads (Versi Upgrade)
Kalau anda nak hasil padu dari AI, prompt kena spesifik. Jangan malas.
Makin detail prompt anda, makin luar biasa hasilnya.
Ini saya share beberapa teknik prompting guna ChatGpt.
PROMPT:
Tolong hasilkan 10 hook iklan Facebook untuk produk Nama Produk
FRAMEWORK:
Buat copy iklan Facebook dengan format
Hook - Pain - Solution - CTA. Produk: (LETAK NAMA PRODUK).
Target: pekerja yang cepat burnout. Gaya bahasa: real, penuh emosi.
VARIASI FRAMEWORK:
Tulis 3 versi copywriting pendek untuk Facebook Ads. Gaya: punchy, ayat pendek-pendek.
Produk: NAMA PRODUK.
Target: orang yang susah fokus bila kerja dari rumah.
VARIASI LAGI (STORYTELLING)
Tuliskan iklan dalam bentuk cerita pendek.
Fokus pada pengalaman pengguna bernama Sarah yang rasa hopeless sebelum jumpa produk ini.
Gaya: penceritaan, emosi.
AYAT BROADCAST
Buat ayat iklan untuk WhatsApp broadcast.
Nada: macam mesej dari kawan.
Produk: NAMA PRDOUK.
Target: wanita yang suka minum kopi tapi nak turunkan berat badan.
Cara Tweak Output AI Supaya Ada Jiwa
Kalau anda tengok contoh prompt yang saya kongsi tadi, listnya tak habis.
Anda boleh buat macam-macam.
Ada orang rasa susah sebab tak tahu nak mula dari mana.
Kalau tak tahu, copy saja prompt saya di atas tu.
Bila anda dah selalu prompt,
anda akan tahu mana yang efektif.
Ibarat menebas semak samun.
Mula-mula serabut.
Lama-lama lapang dan mudah.
Baik…
Selepas kita dapat output dari AI, wajib buat adjustment!
Anggap AI ini bagi draf.
Contoh AI kata:
“Produk ini membantu anda meningkatkan fokus.”
Kita boleh modify kepada apa perkataan yang orang kita selalu guna. Contoh tukar kepada:
“Produk ini bantu otak anda lebih sharp”
Ataupun anda boleh masukkan testimoni pengguna.
Kesilapan Guna AI
Ada 3 kesilapan yang saya perhati orang sering buat.
Kesannya, copywriting jadi kurang umph dan terlalu robotik.
Sekali tengok dah tahu guna AI.
Kaku dan lesu.
#1 Copy bulat-bulat dari AI tanpa ubah
Antara masalah yang kita hadapi bila buat copywriting guna ChatGPT atau AI, ada kosa kata Bahasa Indonesia.
Jadi kalau main copy bulat-bulat, memang KO.
Lagi satu ada juga ketikanya AI berikan output yang skema.
#2 Tak tahu siapa audience
Kalau anda tulis copywriting untuk seluruh rakyat Malaysia – maksudnya copywriting anda tak akan menjadi!
Anda mesti jelas siapa target audience.
Kemudian minta AI tulis ayat iklan spesifik kepada target itu.
Barulah mereka terasa.
Barulah mereka nak beli.
#3 Ayat terlalu panjang, skema, bosan
Kalau anda tengok dalam contoh prompt yang saya kongsi di atas, saya akan sebut gaya macam mana.
Ini bagi mengelakkan AI buat ayat yang tak ada orang nak baca.
Gaya bahasa atau tone ini sangat bergantung kepada #2.
Kunci ada di situ.
Kalau anda target golongan profesional, kena bercakap bahasa mereka.
Kalau anda target founder-founder, pun kena guna bahasa mereka.
Masa Untuk Bertindak
Andai kata anda rasa nota ini membantu, tolong sebarkan kepada kawan-kawan.
Saya dalam usaha nak hidupkan balik blog ini.
Supaya jadi panduan berguna untuk mereka yang nak belajar digital marketing.
Your share means a lot❤️